ARKIB : 23/07/2012
Rajagobal 'terasa' pujian Wenger
KUALA LUMPUR - Barang siapa yang tidak mengenali Arsene Wenger secara peribadi, pengurus veteran Arsenal itu sememangnya seorang yang amat mesra dan bersopan santun.
Namun, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal terasa 'pedas' di sebalik kemesraan Wenger pada satu sidang akhbar di Hotel Saujana Kuala Lumpur sempena ketibaan Gunners ke ibu negara semalam.
Mungkin menyangka pasukan-pasukan Asia mempunyai kecenderungan untuk memecat jurulatih, Wenger, sebelum memulakan ucapan aluannya menoleh ke arah Rajagobal yang duduk di sebelahnya dan berkata: "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana masih mengendalikan pasukan (kebangsaan Malaysia), sudah tentu kamu seorang (jurulatih) yang bagus."
Kata-kata Wenger itu mungkin mengundang rasa geli hati semua yang berada dalam bilik persidangan, tetapi entah bagaimana kenyataan itu ditafsir Rajagobal, individu yang bertanggungjawab mengubah landskap bola sepak negara bermula dengan pingat emas Sukan SEA 2009, yang pertama selepas dua dekad sebelum disusuli kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki sulung.
Rajagobal bagaimanapun dalam nada bergurau, sempat menjelaskan Wenger apabila tiba gilirannya untuk berucap: "Encik Wenger, sebenarnya saya sudah berkhidmat untuk Persatuan (Bola Sepak Malaysia) sejak 2002 lagi."
Dalam pada itu, Rajagobal menepis tanggapan negatif berhubung perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris tidak membantu negara dari aspek memperbaiki ranking FIFA berbanding perlawanan antarabangsa bertaraf A.
Rajagobal juga yakin perlawanan dengan Arsenal dan Manchester City bakal memberi pengalaman yang berguna buat pemainnya, sekali gus memberi impak kepada persiapan Malaysia yang memasang impian mempertahankan gelaran Raja Asia Tenggara pada Piala AFF Suzuki, November ini.
"Dapat bermain dengan pasukan handalan dunia adalah peluang yang jarang, bukankah pemain-pemain saya akan mendapat satu perlawanan berkualiti tinggi dengan menentang barisan Arsenal yang dibarisi rata-ratanya pemain bertaraf dunia," jelasnya.
Revington beri reaksi positif
'Pengajaran' berguna di Slovakia
Wilayah Persekutuan bida Sukan Malaysia 2018
Hentikan sebarang komen velodrom - Zolkples
Pengalaman di Eropah banyak membantu - Nabil
Revington tarik balik
Pemain mahu jurulatih kembali ke padang
Khairy tegur tindakan Naim
Chong Wei simpan 'kuku' ke Kejohanan Dunia
Zulfahmi lega ke kancah utama
Revington tarik balik keputusan letak jawatan
Saya tak tahu apa-apa - Dharma
Zulfahmi kesembilan di Catalunya, Hafizh ke-18
Liga-M diswasta 2015
Rozabil ganti Shahidan
Penyokong harap Johor DT julang Piala FA
2,000 tiket final percuma untuk anak Johor
10,000 saksikan skuad Pulau Pinang julang Piala FAM
Chong Wei rangkul kejuaraan kelima
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











