31 Julai 2014
 
 
 

 

 
 LAPORAN EKONOMI 19/10/2001
Buruh asing diambil pastikan perniagaan tidak terjejas

Buruh asing diambil pastikan perniagaan tidak terjejas

KUALA LUMPUR 19 Okt - Kerajaan telah meluluskan pengambilan sebanyak 93,025 buruh asing tahun ini bagi memastikan perkembangan perniagaan tidak terjejas disebabkan kekurangan tenaga buruh.

Pengambilan buruh itu yang diperlukan bagi sektor pertanian, pembinaan dan perkilangan bagaimanapun adalah 22.8 peratus lebih rendah berbanding tahun lepas (120,502).

Sehingga akhir Jun 2001, jumlah buruh asing yang berdaftar meningkat 10.6 peratus kepada 810,695 pekerja (2000: 732,588) dengan 38.5 peratus atau 311,785 pekerja (2000: 271,892) adalah di sektor perkilangan.

Kerajaan sebelum ini mengekalkan dasar untuk mengurangkan pergantungan terhadap buruh asing terutamanya buruh tidak mahir, tetapi berlakunya pengurangan dalam sektor pertanian dan pembinaan menyebabkan pengambilan itu dibenarkan dengan mengadakan perubahan.

Tempoh permit kerja bagi mereka juga telah dikurangkan daripada tujuh tahun kepada tiga tahun untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap buruh asing, terutamanya buruh tidak mahir.

Dalam tempoh laporan ini, bilangan buruh asing yang bekerja di sektor pertanian meningkat 16.4 peratus kepada 204,814 (2000:175,834), sementara sektor pembinaan meningkat 3.7 peratus kepada 68,355 (2000:65,891).

Indonesia telah mencatatkan jumlah terbesar dengan 598,900 pekerja diikuti Bangladesh (147,637), Filipina (15,323), Thailand (6,538) dan 42,297 pekerja dari negara-negara lain.

Namun demikian, daripada jumlah pekerja asing yang berdaftar dalam enam bulan pertama tahun 2001, hanya 12,705 adalah pekerja mahir.

India mencatatkan bilangan terbesar pekerja mahir yang diluluskan dengan 2,489 pekerja atau 19.5 peratus, diikuti oleh Jepun (1,537) atau 12.4 peratus dan Cina (1,007) atau 8.1 peratus.

Berdasarkan kepada kumpulan pekerjaan, pekerja asing yang bekerja sebagai pengarah merupakan jumlah terbesar iaitu sebanyak 1,269, diikuti dengan pengurus sebanyak 1,237 dan jurutera sebanyak 967 pekerja.

 
Tajuk-tajuk Berita
  • KDNK hanya 1-2 peratus tahun ini
  • Ekonomi negara disasar 4-5 peratus tahun depan
  • Prakata Menteri Kewangan Malaysia
  • Pertumbuhan ekonomi tahun depan dijana sumber dalaman
  • Inflasi dijangka kekal rendah
  • Pertumbuhan ekonomi dunia lebih perlahan
  • ASEAN lebih bersedia hadapi kejutan ekonomi
  • Lebihan besar lima tahun imbangan pembayaran
  • Kedudukan imbangan pembayaran terus kukuh
  • Akaun semasa imbangan catat lebihan
  • Defisit kewangan Kerajaan Persekutuan lebih tinggi
  • Eksport, import alami pengurangan
  • Hutang negara kekal rendah
  • Negara berdaya saing, miliki rangkaian sejagat
  • Kedudukan kewangan Kerajaan negeri defisit
  • Sumber Institusi Pembiayaan Pembangunan
  • Penstrukturan semula sektor kewangan dan korporat
  • Perbankan tempatan terus mampu hadapi kelembapan ekonomi
  • Perkembangan bank Islam tanda penerimaan meningkat
  • Prestasi perusahan awam bukan kerajaan terus kukuh
  • Kegiatan pinjaman bertambah baik
  • Prestasi pasaran hadapan merosot
  • BSKL atasi prestasi bursa serantau
  • 14 dana baru saham amanah dilancarkan
  • Pendapatan premium insurans hayat meningkat
  • Malaysia-China setuju atur tukar mata wang ketika krisis
  • Sektor perkhidmatan berkembang 4.4 peratus
  • Sektor perkilangan catat keluaran lebih rendah
  • Sektor pembinaan tumbuh 4.9 peratus
  • Sektor pertanian meningkat 1.2 peratus
  • Prospek guna tenaga lemah
  • Bursa buruh beroperasi awal tahun depan
  • Pembuangan kerja lemahkan pasaran buruh
  • Upah meningkat, produktiviti menurun
  • Buruh asing diambil pastikan perniagaan tidak terjejas
  • 356 pakar profesional kembali ke Malaysia
  • Caruman bersih PPF meningkat
  • Jumlah eksport MSC berganda


  • © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
    E-mail: online@utusan.com.my