30 Julai 2014
 
 
 

 

 
 LAPORAN EKONOMI

KDNK hanya 1-2 peratus tahun ini
KUALA LUMPUR 19 Okt - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dijangka tumbuh antara satu hingga dua peratus ekoran kelembapan ekonomi dunia terutamanya dengan Amerika Syarikat diambang kemelesetan dan prestasi buruk berterusan ekonomi Jepun.

Ekonomi negara disasar 4-5 peratus tahun depan
KUALA LUMPUR 19 Okt - Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak empat hingga lima peratus pada tahun 2002, diterajui oleh prestasi yang baik dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Prakata Menteri Kewangan Malaysia
NEGARA kita telah pulih daripada krisis kewangan Asia 1997/1998 dengan mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh selama dua tahun berturut-turut pada 1999 dan 2000. Walau bagaimanapun, usaha gigih kita untuk mengekal momentum pertumbuhan yang dikecapi telah terjejas sejak awal tahun ini berikutan kelembapan luar jangkaan ekonomi global, terutamanya di Amerika Syarikat dan Jepun. Serangan 11 September ke atas Amerika Syarikat telah memburukkan lagi keadaan ekonomi global. Selepas sahaja serangan tersebut kita telah menyaksikan pasaran ekuiti utama dunia menjunam, sesetengahnya ke paras yang belum pernah berlaku sebelum ini. Dengan kemungkinan bahawa ekonomi Amerika Syarikat akan mengalami kemelesetan dan kesan buruknya menular ke seluruh dunia, impaknya akan memburukkan lagi keadaan di Malaysia.

Pertumbuhan ekonomi tahun depan dijana sumber dalaman
KUALA LUMPUR 19 Okt - Pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2002 akan terus bergantung kepada sumber dalam negeri berikutan keadaan ekonomi luar negara yang dijangka terus tidak stabil dan tidak menentu.

Inflasi dijangka kekal rendah
KUALA LUMPUR 19 Okt - Inflasi dijangka kekal rendah tahun depan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat ke paras kurang daripada dua peratus.

Pertumbuhan ekonomi dunia lebih perlahan
KUALA LUMPUR 19 Okt - Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka lebih perlahan tahun ini akibat kelembapan ketara negara perindustrian utama.

ASEAN lebih bersedia hadapi kejutan ekonomi
KUALA LUMPUR 19 Okt - Negara-negara ASEAN lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kejutan ekonomi kerana asas makroekonomi di rantau ini yang lebih kukuh sejak krisis kewangan Asia pada 1997.

Lebihan besar lima tahun imbangan pembayaran
KUALA LUMPUR 19 Okt - Kedudukan imbangan pembayaran negara pada tahun depan dijangka terus mencatatkan lebihan besar untuk tempoh lima tahun berturut-turut.

Kedudukan imbangan pembayaran terus kukuh
KUALA LUMPUR 19 Okt - Kedudukan imbangan pembayaran Malaysia dijangka terus kukuh meskipun persekitaran luar semakin lemah, kata Laporan Ekonomi 2001/2002.

Akaun semasa imbangan catat lebihan
KUALA LUMPUR 19 Okt - Akaun semasa imbangan pembayaran dijangka terus mencatat lebihan bagi empat tahun berturut-turut tetapi lebihan dalam akaun semasa dijangka mengecil.

Defisit kewangan Kerajaan Persekutuan lebih tinggi
KUALA LUMPUR 19 Okt - Kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat defisit 6.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu lebih tinggi daripada kadar 5.8 peratus yang dicatatkan tahun lalu.

Eksport, import alami pengurangan
KUALA LUMPUR 19 Okt - Kemelesetan ekonomi dunia terus mempengaruhi ekonomi Malaysia sehingga mencatatkan kemerosotan dalam jumlah perdagangan tujuh bulan pertama tahun ini sebanyak 5.8 peratus daripada 23.4 peratus tempoh yang sama tahun lepas.

Hutang negara kekal rendah
KUALA LUMPUR 19 Okt - Hutang negara akan terus kekal di tahap rendah dan terkawal kerana 88.8 peratus dari jumlah keseluruhan hutang merupakan hutang jangka sederhana dan panjang dengan tempoh matang antara satu hingga lebih 10 tahun.

Negara berdaya saing, miliki rangkaian sejagat
KUALA LUMPUR 19 Okt - Penjualan ekuiti Malaysia Airport Holding Bhd. (MAHB), Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Barat kepada pihak asing telah membolehkan negara mengekalkan daya saing dan membentuk rangkaian pasaran global.

Kedudukan kewangan Kerajaan negeri defisit
KUALA LUMPUR 19 Okt - Kedudukan kewangan kerajaan negeri dijangka mencatatkan defisit yang besar sebanyak 153.7 peratus kepada RM1.48 bilion pada tahun ini berpunca daripada perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi.

Lagi/More

 


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my