VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 27/02/2014

4 kolam tadahan air dikesan

Idris Haron

MELAKA 26 Feb. - Kerajaan negeri telah mengenal pasti empat kolam tadahan air yang dapat membantu sekiranya negeri ini berhadapan dengan krisis air ekoran cuaca panas berterusan yang melanda negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, hasil laporan lengkap oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) mendapati terdapat beberapa juta liter air di kolam tadahan tersebut yang berpotensi menyelesaikan masalah berkenaan.

Menurutnya, empat kolam tadahan yang dikesan tersebut ialah di Kampung Tebat, Alor Gajah; Sungai Kerisik, Pahang dan dua kawasan di Sungai Kesang, Jasin.

"Kesemua kolam tadahan berkenaan akan dapat membantu sekiranya Melaka berhadapan masalah kemarau memandangkan bekalan air sedia ada daripada beberapa empangan dijangka hanya mampu bertahan sehingga 15 April ini sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Inovasi dan Hari Bertemu Pelanggan peringkat negeri 2014 di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini semalam.

Jelas Idris, SAMB buat masa ini telah selesai membina tali air bagi memindahkan bekalan air dari kolam tadahan sedia ada selain pemasangan pam berkuasa tinggi di kolam tadahan air yang dikenal pasti.

Ujar beliau, masih tiada catuan bekalan air dilakukan di negeri ini namun ia mungkin terpaksa dilakukan sekiranya cuaca panas berlanjutan sehingga April.

"Sekiranya berlaku catuan air nanti, kita akan maklumkan secara terperinci serta menyediakan kemudahan lori-lori tangki untuk mengagihkan bekalan air kepada semua kawasan terjejas," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengusaha kedai mencuci kenderaan agar tidak menggunakan sumber air bersih yang disalurkan SAMB bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.

"Sebaiknya aktiviti tersebut diberhentikan dahulu buat sementara waktu kerana ia boleh dijadikan punca kepada kekurangan bekalan air di negeri ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.