VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 07/09/2013

Pengurusan sampah secara 2+1 lebih efisien

MOHD. Azhar Abd. Hamid (kiri) menerangkan buku panduan sistem kutipan sampah 2+1 kepada penduduk, Zakaria Alias (tiga dari kiri) di Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 6 Sept. - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri bersama SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) memperkenalkan sistem kutipan 2+1 dalam usaha meningkatkan tahap kecekapan pengurusan sisa pepejal isi rumah di negeri ini.

Pengarah PPSPPA negeri, Mohd. Azhar Abd. Hamid berkata, sistem yang dilaksanakan bermula 1 September itu bertujuan mempertingkatkan perkhidmatan pengurusan sampah domestik dan sampah pukal setiap isi rumah.

''Sistem 2+1 ini bermaksud kutipan sisa domestik iaitu bahan buangan dapur akan dilakukan dua kali seminggu iaitu setiap hari Isnin dan Khamis manakala sampah yang boleh dikitar semula seperti sisa pukal, bahan buangan kebun dan perabot lama akan dikutip setiap hari Jumaat.

''Ini adalah kaedah baru dengan penggunaan sistem tong sampah yang moden, sebelum ini mereka tidak mempunyai tempat untuk membuang sampah pukal, jadi kami sediakan kemudahan untuk mengangkat sampah tersebut secara giliran setiap minggu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar majlis penyerahan buku panduan PPSPPA kutipan sisa pepejal 2+1 di Taman Paroi Jaya, di sini hari ini.

Untuk itu, Mohd. Azhar memberitahu, pihaknya dan SWM akan menjalankan pelbagai aktiviti promosi bagi meningkatkan pemahaman orang ramai tentang sistem baru kutipan sisa pepejal ini.

''Masih ramai lagi yang tidak faham tentang perkhidmatan baru ini dan kita juga telah mengeluarkan notis maklumat selain mengedar buku panduan PPSPPA dan notis jadual kutipan sisa pepejal 2+1 kepada 129 buah taman yang terlibat di sekitar Ampangan, Paroi dan Sikamat.

''Maka dengan adanya jadual ini, mereka dapat menguruskan bahan buangan rumah mereka dan meletakkan di hadapan rumah dalam keadaan yang kemas untuk diangkat lori kompakter dan kakitangan kami," ujarnya.

Jelasnya, lori kompakter berteknologi moden dilengkapi dengan sistem 'bin lifter' akan digunakan untuk membuat kutipan sisa domestik manakala lori terbuka akan digunakan untuk membuat kutipan sisa pukal.

Orang ramai yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan jadual kutipan sisa pepejal 2+1 boleh menghubungi terus talian 1-800-88-7472.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.