VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 30/07/2013

Qari Indonesia, qariah Melaka johan Tilawah DMDI

TUN Mohd. Khalil Yaakob (kiri) mengucapkan tahniah kepada Takdir Feriza Hassan dari Acheh sambil diperhatikan oleh Idris Haron (dua dari kanan) dan Mohd. Ali Rustam (dua dari kiri) pada Majlis Tilawah al-Quran Dunia Melayu Dunia Islam di Masjid Selat, Pulau Melaka, malam semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL

MELAKA 29 Julai - Qari dari Acheh, Indonesia, Takdir Feriza Hassan dan qariah Melaka, Sarrul Munirah Haris masing-masing muncul juara Majlis Tilawah al-Quran Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kali Keempat di Masjid Selat, Pulau Melaka di sini malam tadi.

Kejayaan tersebut membolehkan kedua-dua peserta masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta sijil dan plak.

Naib juara qari pula menjadi milik Sabarudin dari Nusa Tenggara Barat, Indonesia dan menerima RM7,000 manakala tempat ketiga, Mohd. Mawardi Jamaluddin dari Perlis (RM5,000).

Bagi naib juara qariah pula, tempat kedua dimenangi Afriantinis dari Riau, Indonesia manakala rakan senegara, Nurul Hayati dari Acheh mendapat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Idris Haron.

Hadir sama Presiden DMDI, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Naim Abu Bakar dan Mufti negeri, Datuk Rashid Redza Md. Salleh.

Majlis Tilawah al-Quran DMDI yang berlangsung selama empat hari bermula 25 Julai lalu, melibatkan seramai 42 peserta terdiri dari qari dan qariah dari dalam serta luar negara.

Negeri yang mengambil bahagian selain Melaka adalah Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah, Perlis, Perak, Kedah dan Selangor.

Peserta luar negara yang turut serta adalah dari China, Singapura, Afrika Selatan, Thailand, Timor Leste serta lapan provinsi dari Indonesia iaitu Nusa Tenggara Barat, Sumatera Utara, Jakarta, Kalimantan Selatan, Kalimantan Timur, Aceh, Riau dan Batam.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka ketika berucap pada majlis itu menyatakan, kerajaan negeri membuktikan keprihatinan serta komitmen berterusan dalam usaha memartabatkan syiar Islam menerusi penghayatan al-Quran dengan penganjuran DMDI setiap tahun.

Katanya, penganjuran majlis tilawah yang memasuki tahun keempat itu juga dilihat mampu meletakkan darjat al-Quran sebagai kitab suci dan sumber ilmu pengetahuan di tempat selayaknya.

Menurut beliau, usaha itu selaras dengan peranan penting dimainkan DMDI dalam meningkatkan usaha dakwah Islamiah dalam kalangan negara anggotanya.

"Pada masa sama, penganjuran majlis seperti ini dilihat dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama umat Melayu Islam dalam kalangan negara anggota," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.