VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 17/06/2013

Tarik semula pelancong Arab

IDRIS Haron (kanan) merasmikan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa sempena Festival Jemputan Sungai Melaka 2013 di muara Sungai Melaka, semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL

MELAKA 16 Jun - Kerajaan negeri akan mula menggerakkan usaha untuk menarik semula kedatangan pelancong Arab yang berkurangan sejak dua tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, berdasarkan statistik, kedatangan paling ramai pelancong dari Asia Barat itu adalah pada 2010 iaitu sebanyak 22,630 orang.

Bagaimanapun katanya, kedatangan pelancong itu ke Melaka mendadak turun pada 2011 dengan jumlah hanya 3,900 orang tetapi naik semula pada tahun berikutnya kepada 6,000 orang.

"Penurunan mendadak pelancong dari Arab datang ke Melaka adalah satu kerugian yang amat besar dari sumbangan dalam sektor pelancongan.

"Kalau ikut statistik dibandingkan pada 2010 dengan 2011 dan 2012, ia mencatat satu penurunan yang mendadak seolah-olah ada sesuatu yang menyebabkan pelancong Arab tidak lagi datang ke Melaka.

"Saya tidak tahu apa yang menarik perhatian pelancong dari Arab datang begitu ramai pada 2010. Oleh itu, satu tindakan segera perlu diambil untuk menarik balik kehadiran mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis dialog dan ramah mesra dengan agensi kerajaan serta swasta yang terlibat dalam sektor pelancongan di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau negeri, Datuk Ghazale Mohamad; Pengurus Besar Bahagian Promosi dan Pelancongan (BPP) negeri, Abd. Kadir Md. Idris dan Pengurus Tourism Malaysia Melaka, Jefrry Munir.

Mengulas lanjut kata Idris, satu kempen penggalakan pelancongan ke Melaka khusus untuk pelancong Arab perlu diatur bagi menarik minat mereka semula untuk datang ke negeri ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri melalui BPP akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia Melaka untuk melakukan promosi kebudayaan dan makanan di Jeddah dalam tempoh terdekat.

"Sewaktu saya mengerjakan umrah, saya sempat berjumpa dengan wakil kedutaan Malaysia di Jeddah dan mengalu-alukan sebarang usaha untuk mempromosikan Melaka di sana," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.