VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 03/06/2013

Jemaah haji perlu jaga imej negara - Khairy

REMBAU 2 Jun - Bakal jemaah haji perlu menjaga nama baik negara dan menumpukan kepada amalan baik sepanjang berada di Tanah Suci.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, keyakinan kerajaan Arab Saudi terhadap jemaah haji dari negara ini tidak harus dicalarkan dengan perbuatan merosakkan imej negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berharap, setiap jemaah mengikuti arahan dan peraturan ditetapkan pihak pengurusan Tabung Haji.

"Saya berharap agar semua jemaah haji supaya dapat mematuhi arahan dikeluarkan kerana apa yang dapat kita lihat kerajaan Arab Saudi melihat jemaah dari negara ini antara yang terbaik di dunia dari segi pengurusan dan tingkah laku.

"Apa yang kita harapkan mereka yang terpilih ini dapat menunaikan ibadah sebaik mungkin dan tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti yang boleh mencemarkan imej negara," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Asas Haji di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hasan Haji Sail Pedas dekat sini semalam.

Pada masa sama, beliau menasihatkan bakal jemaah haji di daerah ini menjaga kesihatan diri dan mematuhi nasihat pegawai perubatan sepanjang menjalankan ibadat itu di Mekah.

"Saya difahamkan cuaca musim haji kali ini lebih panas dan kita harapkan supaya para jemaah dapat mengikuti apa sahaja saranan dari pihak pegawai perubatan ditetapkan di sana dan kita harap supaya mereka yang terpilih ini selamat pergi dan kembali ke tanah air," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.