VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 17/03/2013

213 graduan cemerlang akademik dirai

SEBAHAGIAN graduan menunjukkan hadiah wang serta sijil selepas Majlis Anugerah Graduan Cemerlang Anak Melaka di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin. - MINGGUAN/AZLI AHAD

MELAKA 16 Mac - Seramai 213 pelajar cemerlang kelahiran Melaka yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negeri ini diraikan dalam Himpunan Mahasiswa dan Majlis Anugerah Graduan Cemerlang Anak Melaka semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, himpunan tahunan itu diadakan bagi memberi penghargaan kepada graduan Melaka yang cemerlang dalam bidang akademik di institusi masing-masing.

"Penganjuran majlis ini diharap dapat meningkatkan lagi semangat dan usaha mereka untuk lebih cemerlang dalam bidang pendidikan," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian perhimpunan itu di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.

Yang turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo.

Menurut Mohd. Ali, sebanyak RM50,000 diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk diagihkan kepada semua graduan diploma dan ijazah sarjana muda kelas pertama berkenaan.

"Kesemua graduan cemerlang itu masing-masing menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM250," ujarnya.

Selain penerima anugerah, perhimpunan turut dihadiri hampir 1,000 mahasiswa termasuk dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Multimedia (MMU), Kolej Yayasan Melaka dan lain-lain.

Sementara itu, Mohd. Ali turut melancarkan Tabung Perwira Lahad Datu Institut Pengajian Tinggi Melaka pada majlis tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.