VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 11/03/2013

Konsep bina, jual diperkenal SPNB dapat sambutan pembeli

Mohd. Ali Rustam sambil dibantu Idris Haron (depan, dua kiri) memotong riben perasmian Jualan Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, Melaka, semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL

MELAKA 10 Mac - Konsep bina dan jual yang diperkenalkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Taman Sutera Wangi, Batu Berendam di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, konsep pertama seumpamanya yang diperkenalkan di negeri ini berjaya meyakinkan pembeli untuk memiliki rumah tanpa perlu berhadapan risiko rumah tidak siap.

"Ini sekali gus menambahkan minat pembeli yang telah melihat sendiri rumah tersebut siap sepenuhnya sebelum dijual," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Jualan Projek Fasa Pertama RMM Taman Sutera Wangi hari ini.

Majlis dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah SPNB, Datuk Shuib Md. Yusop dan Pengurus Kanan SPNB, Datuk Othman Abdullah.

Menurut Idris, RMM Taman Sutera Wangi melibatkan tiga fasa projek pembangunan bercampur meliputi 973 unit rumah di atas tapak seluas 35.5 hektar dengan kos RM170.9 juta.

"Fasa pertama projek ini melibatkan pembinaan sebanyak 130 unit rumah teres dua tingkat kos sederhana, 113 rumah teres satu tingkat dan 19 unit rumah kedai dua tingkat dari harga serendah RM125,160 seunit.

"Fasa kedua pula melibatkan pembangunan 256 unit rumah teres dua tingkat dan 60 unit rumah berkembar satu tingkat, manakala fasa ketiga membabitkan pembinaan 250 unit rumah pangsa kos rendah, 150 unit rumah berkembar dua tingkat dan 28 unit rumah banglo setingkat," jelasnya.

Tambahnya, kesemua rumah yang dijual masih murah disebabkan harga lamanya tidak diubah sejak projek itu dirancang enam tahun lalu.

"Selain itu, para pembeli juga sangat berminat untuk memilikinya kerana lokasi amat strategik serta terdapat pelbagai kemudahan seperti sekolah, institusi pengajian tinggi dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.