ARKIB : 25/01/2013
Hayati prinsip wasatiyyah
SEREMBAN 24 Jan. - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yakin persefahaman dan perpaduan dalam kalangan umat Islam boleh dicapai melalui penghayatan prinsip wasatiyyah yang terkandung dalam ajaran Islam yang suci.
Baginda bertitah, penekanan kepentingan prinsip wasatiyyah perlu sentiasa dilakukan agar masyarakat benar-benar memahami keindahannya.
Titah baginda, konsep berkenaan boleh diterjemahkan sebagai pendekatan sederhana yang terhasil daripada bimbingan Ilahi dan terbit daripada kefahaman terhadap panduan agama.
"Namun ini tidaklah bererti kita mesti sentiasa berada di tengah-tengah antara dua sikap yang ekstrem. Sebaliknya, prinsip wasatiyyah menuntut agar sentiasa merujuk kepada neraca agama dalam mencari jawapan paling tepat dalam setiap persoalan," titah baginda.
Tuanku Muhriz bertitah demikian dalam majlis sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat negeri di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dekat sini hari ini.
Yang berangkat sama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Baginda berdua diiringi Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Ghani; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.
Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.
Tuanku Muhriz juga menyeru umat Islam agar kembali menghayati prinsip wasatiyyah dalam menguruskan kehidupan dunia dan akhirat dengan tidak mengabaikan kedua-duanya serta menunaikan haknya mengikut keutamaan yang diajar oleh Islam.
"Dalam menegur silap dan salah serta kelemahan yang ada pada diri saudara seIslam, janganlah hingga kita menafikan ikatan akidah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT," titah baginda.
Baginda bertitah, keperibadian Nabi Muhammad SAW yang mulia seperti sikap merendah diri dan menghormati sesama insan wajib menjadi ikutan kepada umat Islam untuk terus memajukan diri dan masyarakat mengikut landasan yang tepat.
Lebih 20,000 umat Islam membanjiri padang MPS bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul tahun ini.
Sebanyak 82 kontinjen yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta dan pelajar sekolah mengambil bahagian dalam sambutan berkenaan.
RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai
MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi
ADUN bantu selesai masalah bekalan air
Melaka, Indonesia cadang wujud konsep TKI - Idris
Menghijau alam, melestari bumi
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Wujudkan subjek Tata Rakyat
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









