VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 16/01/2013

TKC tawar program peringkat diploma

KOLEJ Tunku Kurshiah (TKC) menawarkan program diploma International Baccalaureate (IB) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi pembukaan kampusnya di Bandar Enstek, Nilai, Seremban.

SEREMBAN 15 Jan. - Kolej Tunku Kurshiah (TKC) menawarkan program Diploma International Baccalaureate (IB) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi pembukaan kampusnya di Bandar Enstek, Nilai dekat sini.

Pengetuanya, Che Kamaliah Endud berkata, program yang akan dimulakan tahun ini itu hanya terhad kepada 100 pelajar.

"Ini bermakna TKC di kampus ini bukan sahaja menawarkan program akademik aliran perdana, malah dua program baharu yang meliputi program peringkat diploma IB dan pertengahan IB yang dibuka untuk pelajar tingkatan satu hingga lima.

"Untuk itu, kita turut menyediakan prasarana untuk program akademik International Baccalaureate.

Dengan adanya kedua-dua program tambahan ini, akan menjadikan TKC mirip sekolah di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam program lawatan rasmi Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ke kolej berkenaan baru-baru ini.

Jelasnya lagi, kampus baru TKC memiliki dua blok utama akademik iaitu menengah rendah dan menengah atas, sebuah blok pentadbiran yang menempatkan pejabat, bilik guru, perpustakaan, makmal termasuk dewan yang boleh menampung 1,000 orang dalam satu masa.

"Blok utama akademik akan menampung sebanyak 650 pelajar aliran perdana dan 100 orang (aliran IB).

"Selain itu, kampus ini turut mempunyai blok asrama, surau, kediaman warden, kantin, kemudahan padang dan gelanggang sukan serta internet tanpa wayar," ujarnya.

Sekolah berasrama penuh itu kini memiliki kawasan seluas 17.4 hektar yang dibina dengan kos kira-kira RM75 juta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.