VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 September 2014 / 29 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 26/12/2012

85 anggota keselamatan UTeM tampil berpakaian seragam baharu

MELAKA 25 Dis. - Seramai 85 anggota Bahagian Keselamatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kini tampil dengan imej yang lebih menonjol dengan pakaian seragam baharu.

Penampilan mereka ditonjolkan dalam perbarisan sempena majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baharu Staf Keselamatan UTeM yang telah diadakan di Dataran Canselori UTeM, kampus Durian Tunggal baru-baru ini.

Menurut Naib Canselor UTeM, Dr. Ahmad Yusoff Hassan, dengan penampilan seragam baharu anggota keselamatan itu diharapkan dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh serta memainkan peranan yang cukup aktif.

"Pertukaran seragam ini memberi gambaran Bahagian Keselamatan UTeM kini bersedia mendepani pelbagai cabaran dan halangan yang bakal dirintangi pada alaf baru ini.

"Manakala pihak universiti pula sentiasa memberi sokongan berterusan kepada bahagian ini dalam melonjakkan anjakan paradigma serta komitmen dalam membuat perubahan demi perubahan pada masa akan datang," katanya.

Majlis tersebut dirasmikan Dr. Ahmad Yusoff dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan UTeM di Bangunan Canselori.

Pada majlis yang sama, beliau turut melakukan pemeriksaan perbarisan 45 anggota keselamatan UTeM yang lengkap berpakaian baharu.

Bahagian Keselamatan UTeM turut menonjolkan aksi dan kemahiran anggota pasukan mereka dalam persembahan T Batton.

Menurut Dr. Ahmad Yusoff, antara perubahan besar yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat adalah proses transformasi Bahagian Keselamatan UTeM kepada Pasukan Polis Bantuan UTeM menjelang 2013 nanti.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Keselamatan UTeM, Affindi Abu Bakar berkata, sokongan bersepadu dan dorongan yang diberikan pihak pengurusan UTeM membuatkan bahagian itu sentiasa bersedia melakukan beberapa perkara bahar berimpak tinggi selari dengan matlamat dan peranan Bahagian Keselamatan UTeM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.