ARKIB : 20/10/2012
RTC Kuala Linggi jana aktiviti ekonomi
ALOR GAJAH 19 Okt. - Pembukaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Linggi, Masjid Tanah dekat sini, pada 10 November ini adalah usaha dan pendekatan baharu kerajaan mengangkat martabat golongan nelayan dan petani di kawasan tersebut.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, RTC yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan menjadi pusat sehenti dengan pelbagai aktiviti dijalankan bagi meningkatkan pendapatan ekonomi golongan terbabit.
Menurutnya, RTC Kuala Linggi yang melibatkan kos RM4.6 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Kompleks LKIM itu adalah yang ketiga dilancarkan di negara ini selepas di Perak dan Kelantan.
Beliau berkata, kira-kira 400 ahli Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat dan golongan petani akan mendapat faedah daripada penubuhan RTC di kawasan tersebut.
"Kuala Linggi terkenal sebagai penempatan nelayan begitu juga bagi golongan petani yang akan mendapat faedah daripada penubuhan RTC itu nanti.
"RTC ini akan menjadi pusat sehenti untuk membantu golongan terbabit menjalani latihan menambah nilai hasil tangkapan ikan serta hasil tani untuk diproses sebagai produk yang akan diselenggarakan Mardi dan LKIM," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan singkat dan meninjau kerja-kerja menaik taraf Kompleks LKIM di Kuala Linggi, di sini hari ini.
Mohd. Ali berkata, kompleks LKIM yang terletak di kawasan seluas 10 hektar itu mempunyai tujuh blok bangunan yang akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti bagi golongan nelayan dan petani.
Ujarnya, bangunan utama di kompleks berkenaan akan dijadikan sebagai pejabat pentadbiran dan pengurusan yang akan dikendalikan oleh LKIM.
Tambah beliau, lapan agensi kerajaan yang akan beroperasi di RTC itu ialah Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Tekun, Klinik 1Malaysia, Agro Bank, Pejabat Tanah dan Galian Alor Gajah dan Pejabat Daerah Alor Gajah.
Menurutnya, bangunan lain yang terdapat di situ ialah jeti nelayan, balai nelayan, stor, kantin, surau dan tandas.
"Saya berpuas hati dengan kerja-kerja menaik taraf Kompleks LKIM untuk dijadikan sebagai RTC yang giat dijalankan sejak enam minggu lalu.
"RTC ini dijangka siap sepenuhnya menjelang minggu depan dan operasi lapan agensi berkaitan akan bermula pada 1 November ini," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap golongan nelayan dan petani di kawasan berhampiran dapat menggunakan semua kemudahan RTC yang disediakan bagi membantu mereka meningkatkan sumber pendapatan sedia ada.
Risda akan tarik balik bantuan
Jangan remeh usaha integrasi rakyat
Kerajaan negeri akan pergiat usaha jadikan Melaka selamat dilawati pelancong
280 hektar sawah bakal dibangun dengan projek tanaman padi Maswangi
Abd. Razak Tokoh Guru Jaim 2013
Arah henti kerja korek pasir
Tiada lagi projek rumah mewah di Melaka
Naim Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka baharu
Tingkatkan 'kepedulian' yang tinggi terhadap rakyat Negeri Sembilan
Jangan bergantung subsidi
RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai
MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi
ADUN bantu selesai masalah bekalan air
Melaka, Indonesia cadang wujud konsep TKI - Idris
Menghijau alam, melestari bumi
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









