ARKIB : 05/10/2012
Sambutan hangat karnival kerjaya
SEREMBAN 4 Okt. - Siri jelajah Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang singgah di negeri ini mendapat sambutan menggalakkan menerusi kunjungan lebih 15,000 orang dari seluruh negeri ini.
Pengarah karnival itu, Mohd. Yassin Mohd. Ismail berkata, jumlah pengunjung tersebut adalah di luar jangkaan sekali gus melebihi sasaran.
Katanya, karnival itu menjadi landasan terbaik kepada semua golongan merebut peluang pekerjaan termasuk agensi, syarikat dan industri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja.
"Program selama dua hari itu menerima maklum balas amat baik daripada pelbagai golongan termasuk graduan yang mencari pekerjaan, belia yang sudah bekerja dan usahawan-usahawan muda.
"Program ini juga menunjukkan golongan muda di negeri ini bersemangat mencari pekerjaan yang lebih baik sekali gus meningkatkan taraf kehidupan," katanya di sini hari ini.
Menurut Yassin, sebanyak 42 majikan mengambil bahagian dalam karnival kerjaya itu yang menawarkan hampir 5,620 jawatan kosong.
Katanya, sebanyak tujuh agensi kerajaan turut mengambil bahagian antaranya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Temu duga bagi jawatan kosong yang ditawarkan akan dilakukan syarikat-syarikat berkenaan secara berperingkat," katanya.
Jelasnya, sebuah kaunter pendaftaran mengundi turut disediakan untuk kemudahan pengunjung mendaftar sebagai pengundi.
"Karnival ini bertujuan memenuhi tuntutan dan keinginan rakyat Malaysia khususnya golongan muda terutama di Negeri Sembilan mencari pekerjaan yang baik bagi menjamin sosioekonomi dan masa depan mereka," katanya.
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Pelbagai info diperoleh dalam pameran, festival
Ubah budaya kerja terus majukan Melaka
ADUN Klawang tumpukan kemudahan asas penduduk
Melaka Maju Fasa Kedua
Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'
Timbalan Exco nikmati pelbagai kemudahan
Perkukuh sokongan terhadap BN melalui penyatuan NGO, parti politik
Latipah ikrar perkasa wanita di peringkat negeri
53 pekerja Samsung tanam pokok sempena Kempen Hijau
Bomba selamat aset RM111.1j
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









