VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 02/10/2012

Bonsai hiasi rumah jurutera

KETELITIAN diutamakan oleh Zulkeply Omar dan isterinya, Che Rohani Hassan untuk menghasilkan bonsai bermutu tinggi.

SEREMBAN 1 Okt. - Bonsai bukanlah sesuatu yang asing buat masyarakat di negara ini, malah pokok ini terus diminati untuk dijadikan hiasan di taman atau ruang tamu kediaman masing-masing.

Bagi yang tidak mengetahui makna di sebaliknya, bonsai adalah pecahan dari dua perkataan iaitu 'bon' yang bererti bekas kecil manakala 'sai' seni untuk menghidupkan pokok miniatur di dalam bekas pasu hiasan.

Ketinggian bonsai biasanya antara 120-140 sentimeter dan jika melebihi ukuran ini, bukan lagi dianggap pokok bonsai tetapi dikelaskan sebagai pokok hiasan.

Jika dahulu, pokok bonsai hanya diminati oleh masyarakat Cina, kini pelbagai kaum berkongsi minat yang sama dengan menjadikannya sebagai hobi.

Kecenderungan mereka terhadap tanaman itu dikatakan bermula beberapa tahun lalu setelah diperkenalkan secara meluas di negara ini termasuk di kawasan awam atau komersial.

Bagi seorang jurutera, Zulkeply Omar, 56, dia menjadikan tanaman bonsai sebagai 'rakan' di kediamannya di Taman Paroi Jaya dekat sini.

Beliau yang mula berjinak-jinak dalam seni bonsai ini memberitahu, minatnya terhadap pokok itu tercetus sejak 20 tahun lalu apatah lagi jiwanya amat meminati alam semula jadi yang unik.

"Saya memang gemarkan tumbuh-tumbuhan alam semula jadi yang unik. Bagi saya, pokok bonsai yang di tanam ini memberikan saya ketenangan sebaik sahaja pulang ke rumah.

"Setakat ini, saya mempunyai 88 jenis pokok bonsai dan kebanyakannya dibeli dengan harga murah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Jelasnya, pokok bonsai yang ditanam terdiri daripada jenis kesinai, hachi-uye, jeliti dan cucur atap, kebanyakannya dibeli di sekitar bandar ini.

Menurut Zulkeply, antara pokok yang paling mahal pernah dibelinya adalah pokok cucur atap iaitu berharga RM450 sepohon.

"Tetapi apabila saya menanamnya ada pula kawan-kawan turut berminat untuk memilikinya dengan harga ribuan ringgit. Disebabkan ada yang benar-benar ingin memilikinya, saya telah menjualnya dengan harga RM2,500.

"Sebenarnya pokok-pokok ini bukanlah untuk dijual kerana bagi saya minat yang saya miliki ini adalah untuk mengisi masa lapang," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.