VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 20/09/2012

Kukuh jamin produk tani bermutu kepada pengguna

RASAH 19 Sept. - Sebanyak RM250,000 diperuntukkan kepada tujuh kumpulan pertama yang menyertai Program Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak Terus Ke Pasar Tani (Kukuh) sejak Ogos lalu.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri, A. Rahman Sulaiman berkata, program itu banyak membantu pengeluar dan ejen pemasaran meningkatkan pendapatan mereka tanpa perlu menggunakan orang tengah.

"Program Kukuh ini berbentuk insentif untuk memberi galakan kepada peserta ladang kontrak yang menyalurkan bekalan terus dari ladang ke pengguna di outlet pasar tani dengan harga jualan lebih berpatutan," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis penyampaian insentif Kukuh di pejabat Fama, Labu, dekat sini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.

Menurut A. Rahman, jumlah insentif galakan yang disalurkan keseluruhannya berjumlah RM10,000 setiap seorang yang mana RM5,000 dalam bentuk pinjaman manakala selebihnya adalah insentif bagi membantu proses keseluruhan pemasaran produk.

"Setiap kumpulan melibatkan seorang ejen pemasaran dan empat pengeluar. Sehingga Ogos ini, seramai tujuh ejen pemasaran dan 30 pengeluar menerima insentif Kukuh ini," tegasnya.

Tambahnya, keseluruhannya FAMA negeri ini menyasarkan seramai 15 ejen pemasaran dengan 75 pengeluar dapat diaktifkan di bawah program Kukuh dengan peruntukan sebanyak RM900,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.