ARKIB : 04/09/2012
Panorama Melaka perkenal 37 laluan baru
MELAKA 3 Sept. - Panorama Melaka Sdn. Bhd. (Panorama Melaka) akan menambah 37 laluan baru bagi menjadikan 69 laluan keseluruhan untuk menampung permintaan orang ramai terhadap perkhidmatan bas awam di negeri ini.
Pengerusinya, Datuk Hasan Rahman berkata, pada masa ini sebanyak 32 laluan digunakan oleh semua bas milik Panorama Melaka dan laluan baru yang diperkenalkan nanti akan tertumpu di kampung-kampung di sekitar Jasin, Alor Gajah dan Masjid Tanah.
Menurutnya, laluan baru itu akan mula dikuatkuasakan pada 1 Oktober ini selepas menerima 40 buah bas baru yang disewa daripada Syarikat Scomi Group.
''Orang ramai boleh melihat 37 laluan baru yang akan dipamerkan di stesen Melaka Sentral, Alor Gajah, Jasin dan Masjid Tanah.
''Selain itu laluan ini turut akan diedarkan ke semua Japerun di kawasan terbabit dan juga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi memaklumkan kepada penduduk setempat," katanya ketika ditemui di pejabat Panorama Melaka di Stesen Melaka Sentral di sini hari ini.
Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai berkata, laluan tersebut akan dihantar kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mendapat kelulusan.
Katanya, laluan baru itu diharap dapat memberi kelegaan kepada penduduk kampung yang sebelum ini tidak mendapat perkhidmatan bas awam.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya menerima banyak rungutan daripada orang ramai kerana kampung mereka tidak mempunyai pengangkutan awam untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain.
''Sebenarnya Panorama Melaka menghadapi masalah kekurangan bas dan menerusi kerajaan negeri, kita dapat menyewa tambahan 40 buah bas daripada Scomi untuk perkhidmatan bas awam diperluaskan ke beberapa kawasan lain," ujarnya.
Menurutnya, pihaknya dijangka menerima kesemua bas yang disewa daripada Scomi hujung bulan ini.
Beliau menambah, pada masa ini Panorama Melaka mempunyai 63 buah bas yang digunakan bagi kemudahan orang ramai.
Selain itu, kata Hasan, syarikatnya akan membina tiga buah depot bas bagi memudahkan penempatan bas baru di Alor Gajah, Masjid Tanah dan Jasin.
Ujarnya, ketiadaan tapak yang sesuai menjejaskan kelancaran operasi sistem pengangkutan awam syarikat berkenaan dan sekali gus memberi kesan kepada penduduk negeri ini.
PBTM cari formula tolong ahli bermasalah
Muzium Hang Tuah bakal dibuka Julai ini
Jeram Padang tiada mesin ATM
Kualiti udara tiga kawasan tahap sederhana
Masalah jalan mendap akan segera diselesai
Sidang pertama DUN ambil kira tarikh Parlimen
Arahan pindah premis hiburan kekal
Promosi perkenal makanan tradisional NS
Persandingan 19 pasangan pengantin saudara muslim meriah
Memulih pesaka, menjunjung adat
Tarik semula pelancong Arab
15,000 pengunjung meriahkan Melaka Parade
Masyarakat, NGO perlu jaga alam sekitar
Doktor Muda pupuk kesedaran kesihatan murid
3 premis makanan diarah tutup
Pejabat ADUN Pertang bawah khemah
Menara Taming Sari perkenal produk baharu
21 keluarga dinasihat pindah
Melaka bina 1,400 rumah PPR mulai Julai ini
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










