ARKIB : 29/08/2012
Penduduk Kampung Pengkalan Batu kekal tradisi
MELAKA 28 Ogos - Penduduk di Kampung Pengkalan Batu, Bukit Sebukor dekat sini tidak pernah ketinggalan mengibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan sejak tahun 2000.
Setiap tahun menjadi tradisi penduduk melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta UMNO Cawangan Kampung Pengkalan Batu bekerjasama mengibarkan Jalur Gemilang di sepanjang jalan masuk ke kampung itu, surau, kedai makan dan kediaman.
Bagi orang ramai yang melalui kampung berkenaan pastinya terpukau dengan barisan Jalur Gemilang dengan pelbagai replika yang diusahakan mereka.
Ketua Pemuda UMNO cawangan itu, Qayyum Mahmood berkata, penduduk mula mengibar Jalur Gemilang bermula selepas pelancaran peringkat negeri dilakukan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada 18 Ogos lalu.
Menurutnya, sejak itu kira-kira 20 ahli jawatankuasa Pemuda bersama-sama beberapa penduduk bergotong-royong memasang Jalur Gemilang pelbagai bentuk.
"Ini sebenarnya sudah menjadi tradisi penduduk Kampung Pengkalan Batu memasang ratusan Jalur Gemilang sama ada di tepi jalan raya, surau, rumah atau kedai.
"Pada bulan puasa yang lalu, kami memasangnya selepas solat tarawih sehingga sahur," ujarnya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, bagi sambutan kemerdekaan tahun ini, sebanyak 5,500 Jalur Gemilang dipasang di setiap pelosok kampung termasuk di kawasan sawah padi berhampiran.
Katanya, hasil usaha yang dilakukan sejak tahun 2000, kampung berkenaan pernah muncul juara Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri tahun 2010 dan tahun lalu sekadar meraih gelaran naib johan.
"Sejak menyertai program kibar Jalur Gemilang, kami semua benar-benar teruja setiap kali sambutan kemerdekaan diadakan," katanya.
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Wujudkan subjek Tata Rakyat
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Pelbagai info diperoleh dalam pameran, festival
Ubah budaya kerja terus majukan Melaka
ADUN Klawang tumpukan kemudahan asas penduduk
Melaka Maju Fasa Kedua
Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









