ARKIB : 29/08/2012
Nasib Fazlina dapat perhatian ADUN Sungai Lui
JEMPOL 28 Ogos - Seorang ibu, Fazlina Mohd. Said Raja Kumaran, 33, bersyukur kerana kesempitan hidup menyara enam anak masih kecil mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Katanya, sumbangan yang diberikan oleh Zainal Abidin itu membantu meringankan bebannya, apatah lagi ia dapat digunakan sebagai modal permulaan untuk menjalankan perniagaan di hadapan rumahnya.
"Saya mempunyai enam anak, tiga daripadanya dijaga oleh adik di Seremban. Salah seorang anak yang saya jaga sekarang, Zaquan Harith Mikail Zaidi, baru berusia 49 hari dan menderita sakit jantung berlubang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, anak bongsunya itu akan dibawa ke Hospital Serdang pada minggu hadapan untuk rawatan lanjut.
"Saya berterima kasih kepada Zainal Abidin kerana membantu. Saya akan membuka perniagaan pada waktu malam. Lebih membuatkan saya terharu, beliau memberikan sumbangan tambahan untuk membaik pulih bilik air yang telah uzur," katanya.
Katanya lagi, dia kini menumpang tinggal di sebuah rumah milik Polis Bantuan Felda tanpa dikenakan bayaran sewa dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.
Sementara itu, Zainal Abidin berharap sumbangan yang diberikannya dapat mengubah kehidupan Fazlina.
"Dia (Fazlina) minat berniaga, jadi saya berikan modal. Saya difahamkan mereka menerima wang zakat sebanyak RM100 sebulan, selain bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200," katanya.
Golongan muda ejen pembangkang
Teliti punca ramai pengundi bandar tolak BN
Risda akan tarik balik bantuan
Jangan remeh usaha integrasi rakyat
Kerajaan negeri akan pergiat usaha jadikan Melaka selamat dilawati pelancong
280 hektar sawah bakal dibangun dengan projek tanaman padi Maswangi
Abd. Razak Tokoh Guru Jaim 2013
Arah henti kerja korek pasir
Tiada lagi projek rumah mewah di Melaka
Naim Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka baharu
Tingkatkan 'kepedulian' yang tinggi terhadap rakyat Negeri Sembilan
Jangan bergantung subsidi
RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai
MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi
ADUN bantu selesai masalah bekalan air
Melaka, Indonesia cadang wujud konsep TKI - Idris
Menghijau alam, melestari bumi
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









