ARKIB : 29/08/2012
Bertuah lanjut pelajaran di Kolej Uniti
TELOK KEMANG 28 Ogos - Sebaik melangkah kaki ke Kolej Uniti di Pasir Panjang, Port Dickson, hati merasa lega dan tenang kerana di sinilah pembentukan personaliti diberi perhatian serius.
Ini kerana pelajarnya kelak akan juga diajar pelbagai skil pengurusan dan teknologi bagi membolehkan mereka memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Seorang pelajar, Muhammad Syahmi Ruslan, 19, berkata, dia bertuah kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran di kolej ini walaupun kedudukannya di pedalaman.
"Perkara itu bukan halangan kerana ia sebenarnya satu kelebihan kerana pelajar tidak perlu sibuk dengan perkara lain, selain tumpuan kepada pelajaran. Lagipun kalau hendak pergi ke bandar Port Dickson, kemudahan bas disediakan," katanya.
Katanya, Kolej Uniti ini mengutamakan ilmu pengetahuan, pembentukan personaliti dan perkembangan skil, maka sebab itulah dia optimis akan memperoleh kecemerlangan apabila belajar di sini.
"Belajar di kolej dan sekolah menengah berbeza. Kadangkala kita seperti berhadapan satu kejutan. Tetapi di Kolej Uniti ini, kita saling bantu-membantu antara satu sama lain. Jadi tidak ada yang perlu dirisaukan kalau tidak faham dalam satu-satu pelajaran itu," katanya.
Kolej Uniti ini telah diluluskan penubuhannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15 Mac 1997 dan memulakan operasinya di kampus yang terletak di Pasir Panjang. Pada tahun pertama, seramai 170 pelajar telah mengikuti program Pra Sains Universiti Teknologi Mara (UiTM) di situ.
Hari ini, Kolej Uniti telah berjaya menawarkan pelbagai program yang mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dan semua program itu telah mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Sementara itu, seorang lagi pelajar, Balqis Azizan, 19, memberitahu, kemudahan yang disediakan di kolej ini amat baik sekali.
"Di sini ada bilik asrama yang selesa, perpustakaan, kemudahan Internet, makmal komputer, surau, WiFi, auditorium, kafeteria dan paling seronok kedudukannya di tepi pantai," ujarnya.
Rakannya, L. Shobana, 18, berkata, pada mulanya, dia merasa janggal kerana suasana belajar di kolej agak berbeza.
"Saya sentiasa mendapat sokongan daripada rakan-rakan. Apabila berada di sini, ia seperti tinggal di rumah. Saya seronok kerana terdapat ramai kawan baru," ujarnya.
Antara kursus yang ditawarkan di Kolej Uniti ini ialah Diploma Pengajian Islam, Diploma Pengurusan Perniagaan dan banyak lagi.
Risda akan tarik balik bantuan
Jangan remeh usaha integrasi rakyat
Kerajaan negeri akan pergiat usaha jadikan Melaka selamat dilawati pelancong
280 hektar sawah bakal dibangun dengan projek tanaman padi Maswangi
Abd. Razak Tokoh Guru Jaim 2013
Arah henti kerja korek pasir
Tiada lagi projek rumah mewah di Melaka
Naim Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka baharu
Tingkatkan 'kepedulian' yang tinggi terhadap rakyat Negeri Sembilan
Jangan bergantung subsidi
RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai
MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi
ADUN bantu selesai masalah bekalan air
Melaka, Indonesia cadang wujud konsep TKI - Idris
Menghijau alam, melestari bumi
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









