ARKIB : 05/08/2012
ECPI bawa anak yatim, orang miskin, ibu tunggal beli pakaian raya
MELAKA 4 Ogos - Kemeriahan Syawal kali ini lebih bermakna buat 96 golongan kurang bernasib baik di daerah ini apabila menerima sumbangan kelengkapan pakaian hari raya.
Mereka terdiri daripada 50 pelajar tahfiz dari Madrasah Al-Ulum Al-Islamiyah, Balai Panjang dan 46 anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin khususnya di Semabok di sini.
Pengasas air minuman ECPI, Prof. Emeritus Dr. Amir Hamzah Abd. Hamid berkata, sumbangan itu bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri buat golongan tersebut, selain mendapatkan keberkatan Allah dalam perniagaan.
"Alhamdulillah, sejak program ini dimulakan 10 tahun lalu iaitu 2002, ECPI semakin terkenal, malah kita sudah dominan (menguasai) pasaran di Arab Saudi dan Kuwait.
"Inilah yang kita mahukan melalui program sebegini, kita mendapat keberkatan daripada Allah apabila membantu anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik," katanya pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan hari ini.
Pada majlis itu semua penerima meluangkan masa lebih satu jam memilih pakaian hari raya seperti baju kurung, baju Melayu, tudung, samping, songkok, kemeja, seluar dan kasut.
Amir Hamzah berkata, selain daripada bantuan itu, pihaknya turut mengadakan program bulanan di sekolah-sekolah di negeri ini yang dijadikan sebagai sekolah angkat ECPI.
"Kita juga ada berikan cenderamata kepada guru-guru di sekolah angkat ini sebagai menghargai pengorbanan mereka mengadakan kelas tambahan secara sukarela," katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia di Pusat Pakaian Hari-Hari Ayer Keroh mendapati, anak-anak yatim tersebut merasa bertuah kerana dipilih mendapatkan sumbangan.
Yuliana Dessy Yul Rahmat, 18, berkata, dia bersyukur dengan pemberian itu yang turut dikongsi bersama lima adiknya yang lain.
"Terima kasih kepada ECPI kerana prihatin terhadap nasib kami adik-beradik yang kehilangan ayah sejak lima tahun lalu," ujarnya.
Pelajar tahfiz, Shahrool Izwan Mohd. Noor, 15, berkata, dia gembira kerana dapat memperagakan baju Melayu berwarna biru pada hari raya tahun ini.
Tiada lagi projek rumah mewah di Melaka
Naim Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka baharu
Tingkatkan 'kepedulian' yang tinggi terhadap rakyat Negeri Sembilan
Jangan bergantung subsidi
RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai
MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi
ADUN bantu selesai masalah bekalan air
Melaka, Indonesia cadang wujud konsep TKI - Idris
Menghijau alam, melestari bumi
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Wujudkan subjek Tata Rakyat
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









