VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 September 2014 / 22 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 04/08/2012

10,000 berbuka puasa bersama PM

Najib Tun Razak dan Mohamad Hasan bersalaman dengan para jemaah selepas selesai menunaikan sembahyang tarawih selepas hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid At-Taqwa, Paroi, Seremban, kelmarin.

SEREMBAN 3 Ogos - Lebih 10,000 umat Islam menyertai majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat sini semalam.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira pukul 6.15 petang dengan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumuddin.

Najib kemudian menyampaikan sumbangan asnaf kepada 283 penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM85,200.

Beliau turut merasmikan masjid setinggi tiga tingkat itu yang dibina dengan peruntukan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 juta.

Mohamad dalam ucapannya menyifatkan kedatangan Perdana Menteri pada majlis itu sebagai amat ditunggu-tunggu oleh rakyat.

"Ia adalah satu majlis yang amat besar maknanya kepada penduduk di Paroi, Ampangan dan kawasan sekitar serta seluruh rakyat Negeri Sembilan," katanya.

Selepas berbuka puasa, Perdana Menteri bersama para jemaah kemudiannya menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih di masjid berkenaan.

Selesai solat maghrib, Najib dan para jemaah mendengar tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa negeri, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki.

Perdana Menteri dan isteri berlepas pulang pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.