ARKIB : 04/08/2012
Isteri peneroka dapat 'durian runtuh'
JASIN 3 Ogos - Seramai 1,330 isteri peneroka Felda di negeri ini tersenyum lebar menerima RM5,000 setiap seorang wang durian runtuh fasa kedua di sini.
Insentif keseluruhan berjumlah RM6.65 juta sempena kejayaan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) itu telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol pada satu majlis di Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh.
Mereka ialah 271 isteri peneroka dari Felda Tun Ghafar Kemendor, Felda Tun Ghafar Air Kangkong (109 orang), Felda Tun Ghafar Machap (120 orang), Felda Tun Ghafar Menggong (97 orang), Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh (448 orang) dan Felda Tun Ghafar Hutan Percha (285 orang).
Seorang penerimanya, Saadiah Baba, 77, berkata, wang tersebut akan digunakan untuk persiapan Aidilfitri dan kenduri kesyukuran.
"Wang yang diterima ini saya bercadang untuk persiapan Aidilfitri dan mengadakan majlis kesyukuran dan akan mengumpulkan semua anak dan sanak-saudara bersama-sama," kata ibu kepada 10 anak itu ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan tersebut di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Siti Esah Kamal, 72, dari Felda Tun Ghafar Air Kangkong pula berkata, pemberian sumbangan tersebut membuktikan kerajaan tidak melupakan keluarga terutamanya isteri peneroka yang turut bersusah-payah semasa mula memasuki tanah rancangan Felda.
"Sumbangan ini adalah satu penghargaan kepada keluarga peneroka terutamanya peneroka generasi pertama dan isteri yang bersusah-payah membuka tanah rancangan dan hasilnya kini dinikmati sehingga kini," katanya.
Bagi Lee Nyong Foo, 65, dari Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh, dia berterima kasih kepada pengurusan Felda dan pihak kerajaan atas sumbangan itu kerana sekurang-kurangnya dapat meringankan beban perbelanjaan sehariannya.
"Duit ini saya rancang untuk simpan sahaja dan guna apabila keadaan memerlukan," katanya.
Tiada lagi projek rumah mewah di Melaka
Naim Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka baharu
Tingkatkan 'kepedulian' yang tinggi terhadap rakyat Negeri Sembilan
Jangan bergantung subsidi
RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai
MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi
ADUN bantu selesai masalah bekalan air
Melaka, Indonesia cadang wujud konsep TKI - Idris
Menghijau alam, melestari bumi
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Wujudkan subjek Tata Rakyat
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









