ARKIB : 01/08/2012
1,400 penerima JKM gembira terima duit raya RM300 seorang
REMBAU 31 Julai - Lebih 1,400 penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) daerah Rembau menerima duit raya sempena Aidilfitri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bantuan duit raya sebanyak RM300 setiap seorang itu diberikan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Menteri Besar Incorporated (MBI).
"Sempena bulan Ramadan ini, kita merasakan perlu golongan ini dibantu bagi meringankan beban mereka menjelang perayaan Aidilfitri akan datang.
"Bantuan ini diberikan oleh MBI selepas anak syarikat kerajaan negeri itu memperoleh keuntungan daripada pelaburan yang dibuat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan di Dewan Sri Rembau, dekat sini hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Awaludin Said dan ADUN Chembong, Zaifulbahri Idris.
Kata Mohamad, di bawah MAINS seramai 5,820 orang yang diletakkan di bawah asnaf fakir dan miskin menerima bantuan khas ini di seluruh negeri dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.72 juta dan ini tidak termasuk bantuan anak yatim serta lain-lain lagi.
''Sumbangan yang kita berikan di daerah Rembau ini adalah khusus sempena bulan Ramadan yang melibatkan lebih 1,400 orang dengan jumlah keseluruhannya melebihi RM400,000 daripada MBI," ujarnya.
Tambahnya lagi, tahun sebelumnya bantuan serupa turut diberikan melalui Baitulmal, masjid dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
''Selepas banyak rungutan dan ada penerima yang tercicir, maka pada tahun ini, saya telah minta JKM, MAINS, Jawatankuasa Masjid, UMNO Cawangan dan JKKK supaya menyenaraikan penerima bantuan bulanan JKM atau bantuan bulanan asnaf fakir dan miskin Baitulmal serta ditambah sesiapa yang difikirkan layak, dimasukkan dalam senarai penerima ini," ujarnya.
Mohamad berkata, ramai penerima melahirkan rasa syukur kerana ada di antaranya pertama kali mendapat bantuan sedemikian.
Sementara itu penerima bantuan, Basri Latif, 68, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan MAINS kerana memberikan duit raya ini.
''Ini sesuatu yang tidak diduga dan tentunya memberikan kegembiraan kepada saya, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.
Penerima, Noriah Abu Kassim, 81, pula memberitahu, wang yang diterima itu sesuatu pemberian yang amat ikhlas daripada kerajaan dan ini adalah tanda bahawa golongan warga emas sepertinya tidak pernah dipinggirkan.
Begitu juga, Itot Abu, 78, berkata, biarpun berada di usia yang semakin lanjut ini, kehadiran Menteri Besar dan pemimpin lainnya untuk bertemu mereka adalah satu perkara yang harus dipuji.
''Ini adalah pemimpin yang perlu disanjung dan pemberian duit raya ini adalah keikhlasan yang datang daripada hati mereka yang mahu melihat kami bersama-sama dapat menyambut perayaan Aidilfitri dengan tenang dan sejahtera," katanya.
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Pelbagai info diperoleh dalam pameran, festival
Ubah budaya kerja terus majukan Melaka
ADUN Klawang tumpukan kemudahan asas penduduk
Melaka Maju Fasa Kedua
Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'
Timbalan Exco nikmati pelbagai kemudahan
Perkukuh sokongan terhadap BN melalui penyatuan NGO, parti politik
Latipah ikrar perkasa wanita di peringkat negeri
53 pekerja Samsung tanam pokok sempena Kempen Hijau
Bomba selamat aset RM111.1j
Sokong UMNO pertahan hak bangsa Melayu
Kesedaran keselamatan pejalan kaki perlu ditingkatkan
KAYM tawar Dermasiswa Pendidikan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









