ARKIB : 01/08/2012
Pekebun RISDA terima dividen
ALOR GAJAH 31 Julai - Seramai 2,113 pekebun kecil di negeri ini yang terlibat dalam Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) menerima dividen daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berjumlah RM26.98 juta.
Dividen berkenaan disampaikan Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik pada majlis berbuka puasa bersama pekebun kecil RISDA di Masjid Al-Taqwa, Ramuan Cina Besar, di sini semalam.
Menurut Rahim, pembayaran dividen kepada pekebun kecil di negeri ini merupakan agihan daripada jumlah keseluruhan dividen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM314.6 juta di Pekan, Pahang, Sabtu lalu.
Katanya, Melaka merupakan negeri pertama menerima dividen hasil keuntungan terkumpul RTBB dan TSK bagi 2011 sehingga bulan Jun tahun ini.
"Pemberian dividen ini juga adalah sebagai penghargaan kepada pekebun kecil yang memberikan kepercayaan kepada anak syarikat RISDA iaitu RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) dan ESPEK Sdn. Bhd. bagi menguruskan ladang mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Turut hadir, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif ESPEK Sdn. Bhd.; Datuk Kamaruddin Mohamed Shah; Pengarah RISDA negeri, Awiskarni Zulkarnaini dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Sulaiman.
Sementara itu, Rahim turut menyarankan setiap pekebun kecil mempelajari teknik dan kaedah menguruskan ladang sama ada kelapa sawit atau getah supaya hasil tanaman dapat dipertingkatkan sekali gus memberikan pendapatan yang lebih kepada pekebun kecil.
Katanya, pekebun kecil harus mengaplikasikan amalan pertanian baik (GAP) yang ditetapkan RISDA yang menjadi faktor terpenting dalam memastikan tanaman mencapai tempoh keremajaan dengan cepat dan mampu menghasilkan pengeluaran lebih tinggi.
"Pekebun kecil perlu bersama RISDA bagi memastikan hasrat mencapai hasil pengeluaran 2,000 kilogram sehektar setahun bagi tanaman getah dan 20 metrik tan sehektar setahun bagi kelapa sawit menjelang 2020 dapat direalisasikan," katanya.
Kualiti udara tiga kawasan tahap sederhana
Masalah jalan mendap akan segera diselesai
Sidang pertama DUN ambil kira tarikh Parlimen
Arahan pindah premis hiburan kekal
Promosi perkenal makanan tradisional NS
Persandingan 19 pasangan pengantin saudara muslim meriah
Memulih pesaka, menjunjung adat
Tarik semula pelancong Arab
15,000 pengunjung meriahkan Melaka Parade
Masyarakat, NGO perlu jaga alam sekitar
Doktor Muda pupuk kesedaran kesihatan murid
3 premis makanan diarah tutup
Pejabat ADUN Pertang bawah khemah
Menara Taming Sari perkenal produk baharu
21 keluarga dinasihat pindah
Melaka bina 1,400 rumah PPR mulai Julai ini
Pulau Sebang perlu identiti baharu
Sukan jadi sub-sektor pelancongan
Tatu Tentera Darat gamit pengunjung
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










