VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 01/08/2012

UTeM rai 40 pelajar tahfiz, gotong-royong masak bubur lambuk

Sebahagian daripada kakitangan HEPA UTeM bergotong royong memasak bubur lambuk di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 31 Julai - Sempena Ramadan yang penuh keberkatan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak terkecuali menganjurkan majlis berbuka puasa apabila meraikan 40 pelajar dari Maahad Tahfiz Simpang Bekok, Jasin baru-baru ini.

Majlis anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) itu diadakan di Masjid Sayyidina Abu Bakar yang turut disertai pelajar dari Kampus Induk Durian Tunggal di sini.

Terdahulu sebelum majlis berbuka puasa, kakitangan HEPA bersama pelajar tahfiz bergotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk.

Program memasak bubur lambuk dua periuk besar bermula kira-kira pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 1.30 petang.

Penolong Naib Canselor (HEPA), Prof. Dr. Marizan Sulaiman berkata, majlis meraikan pelajar dari Maahad Tahfiz itu adalah sebahagian aktiviti sepanjang Ramadan.

Menurutnya, lebih penting majlis tersebut dapat menjalinkan hubungan lebih rapat antara pihak UTeM dengan pelajar tahfiz di negeri ini.

"Hubungan baik antara kakitangan UTeM dan pelajar tahfiz ini diharap dapat menyumbang terhadap kecemerlangan sosiobudaya, ekonomi dan intelektual pelajar yang diraikan," katanya.

Tambah beliau, pejabat HEPA merupakan jabatan kedua selepas Pusat Islam menganjurkan program memasak bubur lambuk untuk diedarkan di kalangan masyarakat kampus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.