ARKIB : 01/08/2012
FKPM UiTM Melaka tunjuk kehebatan
MELAKA 31 Julai - Empat kakitangan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka meraih pingat emas bagi kategori reka cipta (staf) dalam Pertandingan dan Pameran Invention, Innovation & Design UiTM Perak 2012 baru-baru ini.
Mereka diwakili Siti Najah Raihan Sakrani, Nor Raihan Abu Bakar, Shafezah Abdul Wahab dan Shahril Anuar Abdul Ghalim menghasilkan buku inovasi I Am A Mass Comm. Student: A Quick Fact Book For Mass Commers In UiTM Melaka.
Dekan fakulti itu, Prof. Madya Dr. Mohd. Adnan Hashim berkata, buku yang dihasilkan empat kakitangan itu mengandungi maklumat tentang fakulti, kemasukan pelajar, panduan pemakaian mengikut sahsiah rupa diri dan kursus-kursus pengajian yang ditawarkan.
Menurutnya, kejayaan dan penghasilan buku tersebut amat membanggakan sekali gus meningkatkan nama FKPM.
"Buku ini padat dengan maklumat berkaitan fakulti dan ia layak mendapat anugerah tersebut. Saya bangga dengan pencapaian warga FKPM yang menzahirkan keperluan kerajaan dalam Gerakan Inovasi Nasional tahun ini.
"Dalam masa sama, ini bermakna agenda menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai hab pendidikan tinggi berinovasi perlu diperkukuh dan diperhebatkan dalam usaha menjadikan inovasi sebagai tunjang sektor pengajian tinggi ke arah transformasi ekonomi negara," katanya.
PBTM cari formula tolong ahli bermasalah
Muzium Hang Tuah bakal dibuka Julai ini
Jeram Padang tiada mesin ATM
Kualiti udara tiga kawasan tahap sederhana
Masalah jalan mendap akan segera diselesai
Sidang pertama DUN ambil kira tarikh Parlimen
Arahan pindah premis hiburan kekal
Promosi perkenal makanan tradisional NS
Persandingan 19 pasangan pengantin saudara muslim meriah
Memulih pesaka, menjunjung adat
Tarik semula pelancong Arab
15,000 pengunjung meriahkan Melaka Parade
Masyarakat, NGO perlu jaga alam sekitar
Doktor Muda pupuk kesedaran kesihatan murid
3 premis makanan diarah tutup
Pejabat ADUN Pertang bawah khemah
Menara Taming Sari perkenal produk baharu
21 keluarga dinasihat pindah
Melaka bina 1,400 rumah PPR mulai Julai ini
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










