VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 30/07/2012

Remaja biadab langgar anggota JPJ

ANGGOTA JPJ mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Pra Perayaan di Jalan Dato' Muda Linggi, malam semalam.

SEREMBAN 29 Julai - Usianya baru sahaja 16 tahun, tetapi sudah pandai menunjuk lagak biadab terhadap penjawat awam yang sedang melaksanakan tugas.

Apa tidaknya, remaja lelaki berkenaan bertindak luar batasan dengan mengacah-acah mahu melanggar pihak berkuasa dengan motosikalnya ketika sekatan jalan raya dilakukan oleh sekumpulan anggota penguat kuasa yang sedang bertugas.

Remaja berkenaan yang dikatakan tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan, bertindak cuba melarikan diri selepas menyedari sekatan jalan raya diadakan.

Namun keberanian anggota penguat kuasa melaksanakan tugas, remaja berkenaan berjaya ditahan bersama dua lagi rakannya yang terdahulu sudah menyerah diri sebelum motosikalnya di sita dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Dato' Muda Linggi dekat sini malam tadi.

Dalam Operasi Khas Pra Perayaan yang dilancarkan oleh JPJ yang bermula pukul 8.30 hingga 12.30 malam tadi, menyaksikan 25 buah motosikal selain sembilan buah kereta disita selepas didapati melakukan kesalahan dengan memandu kenderaan tanpa cukai jalan dan lesen.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, operasi yang disertai oleh 70 anggota dari Rembau dan daerah ini turut menyaksikan 201 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain 77 notis arah periksa kepada pengguna jalan raya.

''Dalam operasi itu juga, kita dapati dua motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kita telah bertindak menyita kedua-duanya. Malah ada juga pengguna yang didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti mengubah suai kenderaan, cukai jalan tamat tempoh dan sebagainya.

''Operasi seperti itu akan kita teruskan untuk tempoh masa terdekat bagi memastikan peningkatan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan apatah lagi menjelang musim perayaan," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.