VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 26/07/2012

Pemilik terharu dapat duduki Pangsapuri Sungai Putat Oktober ini

MELAKA 25 Julai - Setelah menunggu hampir lima bulan, seramai 336 pembeli Pangsapuri Rakyat Sungai Putat dekat sini, mampu tersenyum gembira apabila boleh menduduki rumah itu pada Oktober ini.

Walaupun tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah baru namun mereka tetap melahirkan rasa syukur kerana impian memiliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan.

Mereka juga terharu dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengotakan janji bagi membolehkan mereka memiliki rumah berkenaan.

Bagi pekerja pembersihan, Junaidah Amin, 49, dia dan suami begitu gembira apabila mendapat tahu mereka layak membeli rumah dengan kos pembinaan RM140,000 itu pada harga RM35,000 selepas membuat permohonan pada Mac lalu.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana merealisasikan impian kami sekeluarga. Jika tidak, tidak tahulah bila kami mampu memiliki rumah dengan pendapatan saya dan suami sekitar RM2,200 sebulan.

"Walaupun rumah baru kami hanya boleh didiami pada Oktober ini, tak mengapalah, asalkan kami sudah ada rumah kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak dengan menumpang di rumah mereka," katanya di sini semalam.

Junaidah adalah antara 336 pembeli Projek Perumahan Pangsapuri Rakyat Sungai Putat itu yang ditemui pada majlis undian pembelian rumah kos rendah berkenaan di Seri Negeri, di sini.

Majlis tersebut disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Pangsapuri rakyat itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Februari lalu.

Perasaan sama turut dikongsi pesara guru, Teo Cheng Son, 74, yang mendapat rumah di tingkat satu pangsapuri berkenaan pada majlis cabutan undi tersebut.

"Saya betul-betul gembira sebab terpilih sebagai pembeli rumah yang mendapat subsidi daripada kerajaan ini, jika tidak pada usia saya yang sudah lanjut ini, mustahil saya dapat miliki rumah," katanya.

Seorang peniaga, Hamzzah Kamaruzaman, 51, berkata, dia tidak sabar berpindah ke rumah barunya itu selepas beberapa tahun menyewa rumah di Pokok Mangga di sini, dengan sewa bulanan RM350.

"Sebagai ketua keluarga, memang saya mengimpikan memiliki sebuah rumah sendiri agar masa depan dua anak dan isteri lebih terjamin," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.