ARKIB : 24/07/2012
Mangsa ribut dapat bantuan segera
KUALA PILAH 23 Julai - Seorang penduduk di Kampung Tanah Sawah Liat, Ulu Bendul dekat sini yang menjadi mangsa ribut berasa lega apabila kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghulurkan bantuan segera hari ini.
Abdul Rashid Abdul Manap, 50, bersyukur dengan bantuan itu dan berharap supaya kerosakan rumahnya itu dapat dibaiki menjelang Aidilfitri kelak.
"Sekurang-kurangnya dengan bantuan awal ini dapatlah meringankan sedikit beban kerana keadaan rumah yang rosak teruk akibat ribut memerlukan masa untuk dibaiki," katanya yang tinggal bersendirian di sini hari ini.
Dalam kejadian ribut pagi semalam, hanya rumah Abdul Rashid dihempap pokok kerayong sehingga merosakkan sebahagian strukturnya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Datuk Abd. Samad Ibrahim berkata, JKM telah menghantar bantuan asas seperti tilam, bantal, tikar dan pakaian kepada mangsa.
"Mengenai rumah yang rosak, kita akan nilai dan bantuan membaik pulih akan diuruskan dalam waktu terdekat ini," kata Abd. Samad.
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Pelbagai info diperoleh dalam pameran, festival
Ubah budaya kerja terus majukan Melaka
ADUN Klawang tumpukan kemudahan asas penduduk
Melaka Maju Fasa Kedua
Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'
Timbalan Exco nikmati pelbagai kemudahan
Perkukuh sokongan terhadap BN melalui penyatuan NGO, parti politik
Latipah ikrar perkasa wanita di peringkat negeri
53 pekerja Samsung tanam pokok sempena Kempen Hijau
Bomba selamat aset RM111.1j
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









