ARKIB : 22/07/2012
Melaka bina Taman Tema 1Malaysia
MELAKA 21 Julai - Taman Tema 1Malaysia terbesar mirip taman yang sama di Gold Coast, Australia akan dibangunkan di kawasan tambak dari Klebang Kechil hingga ke Dataran 1Malaysia dekat sini mulai tahun depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek yang menelan belanja lebih RM10 bilion itu bakal dibangunkan di tapak seluas 400 hektar dan akan dikenali sebagai Diamond Coast.
Menurutnya, selain pembinaan taman tersebut, turut dibina di kawasan tambak pesisir pantai Klebang ialah sebuah Marina, hotel, masjid, restoran, kawasan perumahan mewah serta sederhana dan sebagainya.
Beliau berkata, Muzium Kapal Selam dan Dataran 1Malaysia yang terdapat di kawasan itu akan dinaik taraf bagi melengkapi keunikan Diamond Coast.
‘‘Apabila projek ini siap dalam tempoh lima tahun, kawasan ini akan menjadi tarikan ramai pelancong sama ada dari dalam atau luar negara dan menjadi pemacu industri pelancongan Melaka.
‘‘Kawasan ini pasti terkenal dengan kepelbagaian produk pelancongan khususnya Taman Tema 1Malaysia terbesar di negara ini kerana ia mirip taman yang terdapat di Gold Coast, Australia," katanya di sini semalam.
Mohd. Ali berkata, bagi pembinaan taman tema itu sebuah syarikat dari Australia, Village Show telah menawarkan diri untuk membangunkan taman tersebut.
Menurutnya, beberapa rundingan masih diadakan antara kerajaan negeri dan syarikat tersebut sebelum projek tersebut akan mula dibina tahun depan.
‘‘Kerajaan negeri akan memastikan projek-projek lain yang akan dibangunkan di sini dari Klebang Kechil hingga ke Dataran 1Malaysia berkonsepkan idea baru," ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah diarahkan untuk memastikan setiap pembinaan di kawasan ini menitikberatkan reka bentuk baru yang menarik sebagai produk pelancongan terbaik di negara ini.
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Wujudkan subjek Tata Rakyat
Jangan terpedaya individu mengaku pegawai JKR
Orang Asli: Guru diminta lebih komited
Penghargaan tertinggi pesara guru
Tugas guru adalah jihad ilmu
Naik taraf bekalan elektrik
Mohd. Razi guna pengalaman sebagai guru curah bakti kepada rakyat
Abu Bakar janji majukan negara dalam bidang sains, teknologi
Hasan Rahman dapat jolokan ADUN Jagung 1Malaysia
Ayuh 'serbu' Festival Hari Guru di Paroi
Pelbagai info diperoleh dalam pameran, festival
Ubah budaya kerja terus majukan Melaka
ADUN Klawang tumpukan kemudahan asas penduduk
Melaka Maju Fasa Kedua
Negeri Sembilan bakal dikenali 'negeri ilmuwan'
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









