ARKIB : 21/07/2012
JKMM, SK Seri Lanang jalin kerjasama
JASIN 20 Julai - Peranan dan fungsi Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) akan diperluaskan ke sekolah-sekolah untuk memastikan perkhidmatan lebih berkesan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ghazale Muhamad berkata, melalui kerjasama tersebut, para pelajar akan memperoleh maklumat dan melibatkan diri dengan pelbagai program yang diatur.
"Bagi saya pelajar wajar mendekatkan diri dengan pertubuhan belia ini kerana ia dapat memberi banyak pengetahuan dan aktiviti melibatkan golongan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil dan menutup Kursus Kepimpinan 2012 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Lanang di Dewan Perumahan Polis, Ayer Merbau, Bemban di sini baru-baru ini.
Kursus tersebut dihadiri kira-kira 100 pengawas sekolah.
Sementara itu, Sharipah dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Sahabat Belia JKMM kerana memperluaskan jaringan kerjasama dengan SK Seri Lanang.
"Walaupun hanya sekolah rendah tetapi saya melihat kerjasama ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai pentingnya fungsi Bahagian Sahabat Belia JKMM," katanya.
Menurutnya, kursus yang diadakan itu dapat membentuk keyakinan diri pengawas sekolah untuk bertugas dengan lebih baik.
Jangan remeh usaha integrasi rakyat
Kerajaan negeri akan pergiat usaha jadikan Melaka selamat dilawati pelancong
280 hektar sawah bakal dibangun dengan projek tanaman padi Maswangi
Abd. Razak Tokoh Guru Jaim 2013
Arah henti kerja korek pasir
Tiada lagi projek rumah mewah di Melaka
Naim Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka baharu
Tingkatkan 'kepedulian' yang tinggi terhadap rakyat Negeri Sembilan
Jangan bergantung subsidi
RM4.9j wujud klinik pakar di Nilai
MAINS teruskan usaha lonjak kecemerlangan pendidikan ke peringkat tertinggi
ADUN bantu selesai masalah bekalan air
Melaka, Indonesia cadang wujud konsep TKI - Idris
Menghijau alam, melestari bumi
Semakin ramai sedar kepentingan hutan
Generasi kedua perlu rumah
Melaka tumpu bangun industri pelancongan golf
Penjawat awam dekati masyarakat setempat
Wujudkan subjek Tata Rakyat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









