VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SASTERA

ARKIB : 08/06/2012

Simposium keusahawanan untuk belia

MAJES 2012 khusus untuk mendedahkan golongan belia dalam bidang keusahawanan. - Gambar hiasan

ZAMAN remaja merupakan masa di mana seseorang itu menentukan hala tuju dalam hidup. Ketika ini golongan tersebut berada di penghujung alam pendidikan dan mula berkira-kira untuk memasuki alam pekerjaan.

Alam pekerjaan pula pastinya akan bersandarkan kepada kelayakan akademik yang akan menentukan apa jenis kerja yang layak mereka mohon.

Dengan ratusan ribu remaja menamatkan pengajian masing-masing setiap tahun sama ada di peringkat sekolah, kolej, politeknik mahupun universiti, suda tentu ia menjadikan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan cukup sengit.

Tetapi ramai di kalangan remaja terbabit tidak sedar bahawa makan gaji bukan segala-galanya. Tetapi ada sektor yang lebih penting yang menuntut penglibatan mereka iaitu keusahawanan.

Namun, disebabkan kurangnya kesedaran dan pengetahuan maka ada di kalangan mereka menganggap keusahawan bukan bidang untuk belia.

Sebab itu mereka bersaing untuk mencari kerja yang menjanjikan pendapatan bulanan yang tetap biarpun kadang-kadang upah yang dibayar itu tidak setimpal.

Sedangkan jika berjaya dalam bidang keusahawanan, mereka sendiri yang menjadi majikan dan bukannya kuli.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan orang muda untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, Persatuan Pembangunan Enterpris (EDA) akan menganjurkan Simposium Keusahawanan Muda Malaysia 2012 (MAJES 2012) pada 21 dan 22 Jun ini khusus mendedahkan golongan tersebut dalam bidang keusahawanan.

Pengerusi Penganjur MAJES 2012, Dr. Azlina Ahmad berkata, banyak yang sudah diperkatakan apabila bidang keusahawanan diperkenalkan di negara ini.

Tetapi katanya, adakah ia benar-benar memberi penekanan kepada isu penting iaitu kelompok sebenar yang menjadi usahawan.

Simposium dua hari itu kata Dr. Azlina, akan mendedahkan asas dan pengetahuan tentang bagaimana untuk menjadi usahawan dan meneroka bidang keusahawanan.

"Bagaimana, mengapa, bila dan apa merupakan empat persoalan yang akan diketengahkan dan dari situ para peserta mengembangkan dalam perbincangan yang akan menghasilkan keputusan bermakna," katanya.

Satu lagi agenda MAJES 2012 ialah perbincangan membabitkan kelebihan daya saing.

"Negara memerlukan golongan muda yang berdaya saing untuk meneruskan pembangunan keusahawanan.

"Memang diakui sudah ada usahawan yang berjaya, tetapi kita memerlukan lebih ramai yang sentiasa berdaya saing, bukan sahaja dalam negara tetapi antarabangsa," katanya.

Kesungguhan, ketabahan dan ketekunan katanya, amat penting jika mahu mencapai kejayaan.

"Simposium ini juga akan menampilkan pakar-pakar untuk berkongsi berkongsi pengalaman dan penemuan berharga mereka sepanjang bergelar usahawan.

"Hab khusus dan gerai juga akan diadakan sepanjang acara ini berlangsung bagi menimbulkan minat di kalangan usahawan muda.

"Pameran produk, idea dan pengetahuan juga akan diadakan sempena simposium ini," jelasnya.

Dr. Azlina memberitahu, MAJES 2012 khusus untuk golongan muda bagi mengukuhkan masa depan negara.

Katanya, selari dengan kata-kata Usahawan Belia Negara Jaminan Masa Hadapan, maka golongan muda yang akan menentukan masa depan negara.

Katanya, mereka yang akan menentu dan memastikan kejayaan masa depan negara.

"Sebab itu sasaran untuk melibatkan dalam bidang keusahawanan bukan setakat mengetahui teori.

"MAJES 2012 juga akan menjalinkan hubungan antara usahawan yang sudah berjaya dengan golongan muda ini," katanya.

Para peserta untuk simposium itu pula kata Dr. Azlina terdiri daripada 40 peratus golongan usahawan yang sudah berjaya.

Sementara 40 peratus lagi katanya terdiri daripada golongan yang berpotensi untuk menjadi usahawan dan lagi 20 peratus adalah pelajar universiti dan kolej.

Menurut beliau, simposium itu diharapkan dapat memberikan manfaat kepada golongan muda untuk menimba ilmu seterusnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Katanya, diharapkan ia akan dapat menampilkan segala elemen yang diperlukan untuk melahirkan usahawan bagi memastikan simposium itu memberi manfaat kepada semua.

Sebab itu katanya, setiap golongan masyarakat sama muda atau tua, baru atau malam digalakkan untuk bersama-sama menjayakannya untuk kepentingan bersama.

"Resolusi daripada simposium ini akan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu sebanyak 13 pembentang dijangka membentangkan kerja kerja pada MAJES 2012.

Antaranya Pengarah Urusan Alam Venture Sdn. Bhn. yang juga Presiden Mubaran, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman yang akan membicarakan tajuk Apakah Kejayaan Dalam Keusahawanan Belia Tempatan dan Antarabangsa? dan Pengerusi PUNB, Khairy Jamaludin

Turut akan membentangkan kertas kerja ialah Pengarah REDAC, Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Nor Azazi Zakaria; Pengerusi Medic-MINDS, Dr. Chew Heng Hai dan Ketua Pegawai Eksekutif Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali.

Pembentang yang lain ialah Pengarah SMECorp. Pulau Pinang, Tajul Arifiin Jamaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh.

Mereka yang berminat menyertai MAJES 2012 boleh hubungi 0194002552 atau e-mel lynna_ahmad@usm.my

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.