VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 06/12/2012

Inovasi iron terhebat

Rocketbladez bukan sahaja memberikan lebih jarak, tetapi juga konsistensi.

JIKA mengikut kenyataan Presiden TaylorMade Golf, Mark King, ini merupakan inovasi terhebat dalam iron golf.

Kenyataan King itu dirujuk kepada RocketBladez - iron baru yang diperkenalkan oleh TaylorMade - menampilkan teknologi untuk daya pelancaran lebih baik, jauh, lurus dan sesuai untuk semua golongan pemain golf.

Diilhamkan daripada fairway metalwood RocketBallz, kekuatan iron RocketBladez terletak pada teknologi yang dinamakan Speed Pocket.

Jika menurut kata King, teknologi Speed Pocket merupakan perubahan terkini dalam pembikinan iron sejak 50 tahun lalu.

King menyifatkannya sebagai satu perubahan sekali dalam seumur hidup untuk iron golf.

"Kalau iron anda tidak ada Speed Pocket, maknanya iron anda sudah ketinggalan zaman," kata King sempena pelancaran iron baru TaylorMade itu melalui laman web di seluruh dunia baru-baru ini.

Apa yang dimaksudkan dengan Speed Pocket? Apa faedahnya kepada pemain?

TaylorMade menggunakan teknologi terbaru ini untuk iron-3 hingga iron-7.

Speed Pocket merupakan slot dua milimeter yang diletakkan dalam teras iron yang akan memberikan tindakan balas melantunkan bola ketika impak.

Ini akan meningkatkan kelajuan muka untuk membantu pergerakan bola yang lebih laju, sudut pelancaran lebih tinggi, corak pergerakan bola lebih tinggi yang mana ia akan jatuh pada sudut lebih tegak untuk membolehkan bola berhenti lebih cepat.

Kelebihan Speed Pocket terutamanya cukup berkesan pada impak di bahagian bawah muka iron.

Mudah cakap, untuk mereka yang pukulannya selalu kena pada bahagian bawah muka iron, maka teknologi ini pasti akan membantu.

Kajian oleh TaylorMade mendapati 68 peratus pukulan menggunakan iron oleh pemain amatur selalunya tidak tepat atau miss hit dari bahagian tengah muka iron.

RocketBladez memberikan jarak yang konsisten kepada pemain biar pun yang berhandikap tinggi.

Teknologi Speed Rocket membantu meningkatkan kelajuan bola dan jarak untuk mereka yang menghadapi masalah ini.

Pemain profesional juga turut mendapat faedah daripada teknologi ini kerana jarak pukulan lebih jauh. Untuk itu TaylorMade turut menawarkan iron RocketBladez Tour.

"Kami menghasilkan iron RocketBladez untuk amatur, tetapi apabila pemain profesional mencuba mereka juga mahukannya.

"Sebab itu kami menghasilkan versi Tour, dan mereka sukannya. Ini merupakan iron berorientasikan jarak yang pertama akan digunakan dalam siri jelajah.

"Kelebihan Speed Pocket ialah bukan sahaja memberikan lebih kelajuan untuk jarak lebih jauh, tetapi juga kelajuan yang konsisten, jadi, pukulan akan pergi pada jarak yang konsisten.

"Gabungan kelajuan dan konsisten inilah yang telah membuka mata pada pemain profesional," jelas King.

Iron-3 hingga iron-7 dalam siri ini memiliki bahagian muka yang paling canggih yang pernah dihasilkan untuk Iron dari TaylorMade.

Daya konsistensi iron ini terletak pada kombinasi dan pengurusan secara berhati-hati teknologi Speed Pocket, Inverted Cone, ketebalan muka, kedudukan pusat graviti (CG), sudut letak dan kepanjangan shaft.

Untuk pasaran Asia, iron RicketBladez boleh didapati dari iron-4 hingga Sand Wedge. Ia dipasang bersama shaft grafit TM7-113 oleh Mitsubishi-Rayon (S, R). Juga pilihan shaft keluli KBS C-Chapter 90.

Ini merupakan shaft baru yang direka untuk pemain golf Asia.

Iron RocketBladez Tour pula boleh didapati dari iron-4 hingga pitching wedge, juga dengan dua jenis pilihan shaft - shaft keluli KBS Tour C-Taper 95 (S, R), dan shaft kelalui Dynamic Gold (S200).

Untuk pasaran tempatan, iron RocketBladez boleh didapati mulai dari 23 November lalu dengan harga RM3,450 (keluli), RM3,850 (grafit) dan RM3,350 (untuk wanita - grafit iron-5 hingga PW dan SW).

Iron RocketBladez Tour pula hanya akan berada di pasaran tempatan mulai Februari, 2013.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.