VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 29/10/2012

Mesin penghiris keropok lekor

SIRI Inovasi kali ini menampilkan mesin slicer keropok lekor. Mesin penghiris keropok lekor ini ini bermaksud mesin untuk menghiris keropok lekor untuk menjadi hirisan-hirisan nipis.

Keropok lekor sememangnya makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia.

Keropok lekor merupakan makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu.

Makanan diperbuat daripada isi ikan laut, campuran sagu dan sedikit garam.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin semula jadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dan dicicah sos cili yang pedas.

Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersebar ke beberapa negeri lain.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama.

Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan supaya tahan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain.

Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam. Jika tidak, keropok akan berasa tawar.

Selain itu, keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping.

Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping.

Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Oleh itu untuk membuat keropok keping ini, pihak Zull Design Autotronic (ZDA) telah mereka cipta satu mesin yang dinamakan mesin slicer keropok lekor.

Kami menghasilkan mesin tersebut di atas permintaan pelanggan yang meminta kami membuat satu mesin khas untuk menghiris keropok keping, kerepek pisang dan apa sahaja makanan yang boleh dijadikan kerepek atau perlu dipotong nipis.

Mesin yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi pelanggan.

Oleh itu, pelanggan boleh mereka bentuk mesin tersebut dan pihak kami akan cuba menepati kehendak mereka.

Walaubagaimanapaun, perbincangan antara dua pihak amat penting dan diperlukan. Ini kerana, dikhuatiri mesin yang tidak menepati kehendak mereka yang menempahnya.

Tujuan mesin ini dihasilkan adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha industri dalam menghasilkan keropok keping atau makanan lain dengan kuantiti yang banyak.

Mesin berkenaan mempunyai konsep yang sama dengan cara manual tetapi lebih memudahkan pengguna.

Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan mesin ini. Kelebihan mesin ini terletak pada rekaannya. Ia direka khas bagi mereka yang menjalankan perusahaan keropok keping atau kerepek.

Mesin tersebut boleh dilaras ketebalannya untuk menghasilkan kepingan yang mempunyai ketebalan yang sama.

Kepingan keropok juga boleh dihiris atau dipotong secara membulat atau secara memanjang.

Dalam operasi menghiris ini, minyak perlu digunakan bagi memudahkan proses untuk memotong.

Tambahan pula, dengan menggunakan mesin slicer keropok lekor ini, tenaga kerja dan masa dapat dijimatkan kerana potongan yang lebih cepat dengan adanya sistem pneumatik.

Seperti diketahui, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap dan kerana ia bergantung kepada tempahan pengguna.

Penciptaan mesin biasanya bergantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan itu sendiri. Hal ini dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.

Oleh itu harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap mesin tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini, boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin-Jumaat jam 9 pagi - 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066, faks 03-6091 4000 dan e-mel mail@zulldesign.com.my. Pengguna juga boleh layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.