ARKIB : 02/09/2012
Pakar perubatan di hujung jari
KINI segalanya di hujung jari! Malah pesakit boleh membuat temujanji dengan pakar perubatan hanya menggunakan iPhone.
Terkini Pusat Perubatan Sime Darby anak syarikat Kumpulan Sime Darby melancarkan aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna berhubung dan menetapkan temujanji dengan doktor menerusi iPhone yang boleh dimuat turun melalui iTunes.
Aplikasi iPhones terkini Pusat Perubatan Sime Darby dibangunkan oleh Medeguide Holdings Limited yang dilengkapi dengan senarai lebih 180 doktor pakar dalam pelbagai bidang.
Aplikasi berkenaan akan memaparkan maklumat utama mengenai pakar perubatan seperti rawatan dan prosedur yang digunakan, selain turut dilengkapi dengan peta hospital di enjin carian Google.
Pusat Perubatan Sime Darby merupakan hospital pertama di Malaysia yang membolehkan carian doktor dibuat menerusi aplikasi iPhone.
Inisiatif untuk membangunkan aplikasi itu bermula selepas kajian menunjukkan tujuan utama masyarakat melayari laman web hospital adalah untuk mencari doktor dan daripada jumlah itu, sebahagian besarnya menggunakan telefon bimbit untuk melayari laman web dan menghubungi mereka.
Pengarah Kumpulan, Pembangunan Perniagaan dan Pemasarannya, Edgar Toral berkata, pemasaran secara online akan menjadi tumpuan utama hospital di masa hadapan.
"Perniagaan kami berpandukan kepada kemampuan untuk mewujudkan akses yang cepat dan mudah kepada doktor kami dan itulah yang dilakukan oleh aplikasi ini - mewujudkan akses yang lebih mudah," katanya.
Pusat Perubatan Sime Darby juga dalam perancangan melebarkan sayapnya.
Pada Januari lalu, kumpulan penjagaan kesihatan tersebut telah membuka hospital ketiganya di Shah Alam yang khusus dalam bidang kesihatan berkaitan otak, jantung, tulang belakang dan sendi.
Pada pada 2013, pusat kesihatan keempat akan beroperasi dengan pengkhususan kepada kesihatan wanita dan kanak-kanak, kesihatan warga tua dan endokrinologi.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sime Darby, Elaine Cheong berkata, mereka akan membuat lebih banyak pelaburan terhadap teknologi mudah alih dan laman web bagi memperbaiki hubungan dengan pesakit dan pengguna.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Pusat Perubatan Sime Darby, sila layari www.simedarbyhealthcare.com atau hubungi talian khidmat pelanggan di 603-5639 1212.
Mesin penetasan telur
Arianespace lancarkan satelit
Gen tong sampah tangguh proses penuaan
Implan otak beri amaran sawan
Putter paling stabil
Transformasi kempen pilihan raya
Keberkesanan media sosial
Mesin IKS buat mi
Bangun laman web guna CMS
Masa depan
Carian
Konfigurasikan PC tanpa gangguan Internet
Mesin cabut bulu ayam
Rice bag rawat kecederaan sukan
Konservasi Orang Utan Bukit Merah
Monyet Belanda, orang utan di Kinabatangan
Mesin pelbagai guna
Tempoyak punya probiotik
Biji benih berkualiti hasil tinggi
Margenta kacang tanah popular
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









