ARKIB : 13/08/2012
PPZ-MAIWP perkenal SiZA
SEIRING dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) yang kian pesat, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) juga turut tidak ketinggalan memanfaatkannya untuk memudah urusan dengan pelanggan.
Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawab mengutip zakat, penglibatan dalam teknologi ICT pada masa kini juga dilihat amat perlu.
Ia bukan sahaja lebih mudah malah penerangan serta maklumat lebih pantas dapat disebarkan ke pada seluruh umat Islam di negara ini.
Jika dahulu pembayar zakat perlu beratur serta berurusan hanya di kaunter zakat, kini pembayaran zakat hanya di hujung jari.
Menurut Pengurus Besar Kewangan PPZ, Azhan Ismail, sejak dulu lagi PPZ-MAIWP telah menggunakan teknologi ICT dalam perkhidmatan bayaran zakat.
"Ia bukan sahaja selari dengan perkembangan semasa, malah PPZ-MAIWP sentiasa menambah baik sistem ICT untuk memudahkan umat Islam melunaskan tanggungjawab berzakat mereka," katanya ketika ditemui di Wisma PPZ, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas Azhan lagi, antara teknologi ICT yang digunakan oleh PPZ-MAIWP terkini adalah Sistem Integrasi Zakat (SiZA).
PPZ-MAIWP mula menggunakan sistem berkomputer bermula tahun 1991 dan tidak lagi menggunakan kaedah manual bagi melancarkan operasi.
Jelas Azhan, PPZ-MAIWP antara PPZ yang pertama menggunakan sistem berkomputer dalam semua urusan berkaitan zakat,
Malah, terdapat tujuh atau lapan lagi PPZ di seluruh negara yang mengikuti jejak langkah PPZ-MAIWP.
Konsep asal penggunaan sistem SiZA adalah bertujuan untuk memudahkan pembayar melalui prasarana seperti pentaksiran serta pembayaran secara dalam talian (online).
Kini, pembayar juga boleh terus membayar melalui portal laman web PPZ-MAIWP.
Pengurusan PPZ menerusi sistem SiZA juga lebih tersusun dan mampu menjalinkan jaringan komunikasi (network) yang berkeupayaan tinggi serta cekap.
Malah, dengan adanya kemudahan teknologi ICT di PPZ, pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih teratur seperti dapat menyediakan laman web yang lebih interaktif.
Ia juga merupakan salah satu saluran pemasaran yang efektif buat PPZ dan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan perkakasan yang sedia ada, membantu dalam pengurusan dan keselamatan data seperti sistem backup & recovery.
Tambah Azhan, ia juga memudahkan pengurusan kakitangan PPZ dari segi khidmat nasihat dan perundingan kepada warganya yang memerlukan bantuan.
Sistem SiZA yang digunakan juga turut dikembangkan dengan membina sistem baru yang sesuai bagi memberi sokongan, melengkapkan dan memudahkan pengurusan PPZ.
Mesin penggoreng dua dalam satu
Mahkota berduri
Mesin penetasan telur
Arianespace lancarkan satelit
Gen tong sampah tangguh proses penuaan
Implan otak beri amaran sawan
Putter paling stabil
Transformasi kempen pilihan raya
Keberkesanan media sosial
Mesin IKS buat mi
Bangun laman web guna CMS
Masa depan
Carian
Konfigurasikan PC tanpa gangguan Internet
Mesin cabut bulu ayam
Rice bag rawat kecederaan sukan
Konservasi Orang Utan Bukit Merah
Monyet Belanda, orang utan di Kinabatangan
Mesin pelbagai guna
Tempoyak punya probiotik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









