VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 06/08/2012

NAHRIM tingkat fasiliti kajian kualiti air

Seorang penyelidik NAHRIM menggunkan peralatan khas untuk menguji kualiti air.

SEBAB itu apabila Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab meneliti kualiti air di negara ini , memiliki sebuah makmal serba lengkap untuk menganalisis air, ia memberi harapan gembira kepada kita sebagai pengguna.

Makmal khas serba lengkap yang dikenali sebagai Makmal Kualiti Air (MKA) NAHRIM telah dibangunkan bersama segala kemudahan dan teknologi terkini, bagi membantu agensi tersebut mendapatkan data yang lebih tepat berkenaan kualiti air negara.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Seri Douglas Uggah Embas, sumber air merupakan aset terpenting kepada rakyat .

Bagaimanapun sikap suka mengabaikan alam sekitar telah menyumbang kepada pencemaran sumber air yang sedia ada.

Sehubungan itu, NRE kini menekankan usaha memulihara sumber-sumber air yang terdapat di seluruh negara melalui pengurusan lembangan sungai secara bersepadu (IRBM).

"IRBM merupakan satu pendekatan yang berimpak tinggi yang diusahakan oleh NRE dan program penyelidikan air yang dijalankan oleh NAHRIM merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan di bawah IRBM.

"Makmal Kualiti Air NAHRIM adalah satu-satunya makmal di bawah NRE yang dapat membantu agensi-agensi di bawahnya bagi menyelesaikan masalah kualiti air negara yang sering timbul dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan Makmal Kualiti Air (MKA) NAHRIM di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Makmal yang siap pembinaannya pada tahun lalu itu menawarkan pelbagai perkhidmatan analisis kualiti air.

Kemudahan yang sedia ada itu juga boleh digandingkan bersama penyelidikan susulan bagi membantu negara menghasilkan formula untuk menentukan polisi dan hala tuju dalam menangani isu-isu berbangkit berkaitan air.

Di samping itu, kajian yang dijalankan juga mampu membantu negara untuk membangunkan teknologi hijau dalam usaha merawat kualiti air daripada pelbagai jenis punca air seperti hujan, sungai, tanah dan marin.

Pencemaran air dan kemerosotan kualiti air juga adalah berpunca daripada perubahan persekitaran seperti pencemaran daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia dan perubahan guna tanah.

Selain itu, perubahan iklim dan bencana alam seperti banjir serta kemarau juga mewujudkan masalah pencemaran air yang lebih kompleks.

Menurut Ketua Pengarah NAHRIM, Ahmad Jamaluddin Sahaban, kewujudan bahan-bahan tercemar seperti Endocrine Disruptor Chemical (EDC), persistent organic pollutant (POP), polyaromatic hydrocarbon (PAH) yang tidak boleh dirawat dengan sistem konvensional amat memerlukan kepada kewujudan makmal khusus.

"Makmal yang khusus mampu memberi fokus kepada penyelidikan kualiti air dan disokong dengan aktiviti analisis secara statistik serta pemodelan numerikal.

"Pada masa sama kajian yang dijalankan di MKA turut mengguna pakai data-data analisis khas yang diperolehi di dalam makmal," katanya.

Tambah Ahmad Jamaluddin, pembinaan MKA bukan sahaja dapat membantu negara dalam menangani masalah berkaitan kualiti air, malah ia dapat membina serta mengembangkan kepakaran tempatan di dalam bidang tersebut.

Hal demikian kerana kepakaran tempatan dapat memberi pulangan dalam jangkamasa yang panjang kepada negara dengan memendekkan jangkamasa penyelidikan serta mengurangkan kos penyelidikan.

Pada majlis yang sama, satu memorandum persefahaman (MoU) turut ditandatangani di antara NAHRIM dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

Pada majlis itu UTHM di wakili Penolong Naib Canselor, Industri dan Perhubungan Komuniti, Prof. Dr. Jailani Md. Yunos.

Perjanjian persefahaman tersebut bertujuan memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak terutamanya di dalam bidang kejuruteraan awam dan kajian berkenaan alam sekitar.

Ia bertujuan untuk membina kerjasama ke arah pemuliharaan dan pengurusan alam sekitar yang mampan seiring dengan pembangunan sosio-ekonomi negara yang seimbang.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.