ARKIB : 28/06/2012
Permainan Zynga dalam pelbagai gajet
SAN FRANCISCO 27 Jun - Pereka permainan sosial, Zynga semalam memperkenalkan satu platform untuk membenarkan pengguna bermain permainan antara satu sama lain tanpa mengira jenis gajet yang digunakan.
Syarikat yang menyambut ulang tahun kelimanya pada awal minggu ini sedang membina platform dikenali sebagai Zynga With Friends Network yang boleh digunakan oleh pengguna pelbagai telefon pintar, komputer tablet atau laman web.
Platform itu juga akan menggabungkan ciri perbualan langsung dan keupayaan pelbagai pemain.
Ia diperkenalkan oleh Zynga sebagai strategi untuk mengurangkan kebergantungannya kepada laman web sosial Facebook selain bertujuan menjadi destinasi utama pemain permainan bergerak.
"Zynga With Friends Network akan menjadi lobi sosial tanpa mengira anda sedang melayari laman web atau menggunakan telefon bimbit.
"Ia juga akan membenarkan anda melihat permainan yang sedang rakan anda main dan menghubungkan anda dengan pemain baru,'' kata Pengurus Besar syarikat itu, Manuel Bronstein.
Penganalisis syarikat Wedbush Securities, Michael Pachter tertarik apabila sejumlah pereka mahu menggunakan Zynga With Friends Network sebagai platfrom permainan ciptaan mereka.
"Saya rasa tarikan utamanya adalah tahap promosinya atau aplikasi permainan yang boleh digunakan oleh pelbagai jenis gajet,'' ujarnya. - AFP
Mesin penggoreng dua dalam satu
Mahkota berduri
Mesin penetasan telur
Arianespace lancarkan satelit
Gen tong sampah tangguh proses penuaan
Implan otak beri amaran sawan
Putter paling stabil
Transformasi kempen pilihan raya
Keberkesanan media sosial
Mesin IKS buat mi
Bangun laman web guna CMS
Masa depan
Carian
Konfigurasikan PC tanpa gangguan Internet
Mesin cabut bulu ayam
Rice bag rawat kecederaan sukan
Konservasi Orang Utan Bukit Merah
Monyet Belanda, orang utan di Kinabatangan
Mesin pelbagai guna
Tempoyak punya probiotik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









