ARKIB : 18/06/2012
Bioplastik jalan penyelesaian?
PENGGUNAAN bioplastik boleh dijadikan sebagai jalan tengah bagi ‘mendamaikan’ mereka yang menyokong dan menentang penggunaan plastik.
Pembangunan Loji Pepandu Bioplastik oleh Sirim Berhad (Sirim) di Shah Alam tahun lalu boleh dianggap pelengkap kepada usaha agensi berkenaan memajukan industri bersepadu.
Ini dinyatakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Zainal Abidin Mohd. Yusof bahawa ia merupakan sebahagian daripada usaha membangun bidang keusahawan berasaskan teknologi.
Loji yang terletak di Jalan Beremban Shah Alam itu merupakan satu daripada tiga satelit inkubator yang dimiliki agensi terbabit selain loji pepandu kosmetik dan juga loji pepandu seramik.
Lebih daripada itu kata Dr. Zainal Abidin, usaha tersebut menterjemahkan tiga objektif Sirim dalam menghasilkan produk mesra alam melalui kerjasama dengan bahagian pengkomersialan untuk mengenal pasti produk-produk yang berpotensi dikomersialkan.
Objektif kedua ialah mengadakan kerjasama untuk pembangunan projek penyelidikan dan ketiga kemampuan kejuruteraan tempatan dalam membangunkan loji pepandu.
‘‘Loji pepandu ini dibangunkan dengan kos RM3 juta sedangkan anggaran kos sebenarnya pada kapasiti yang kita lancarkan di sini ialah RM30 juta," ujar beliau.
Beliau yang ditemui selepas pelancaran Loji Pandu Bioplastik PHA (polyhydroxyalkanoate) automatik sepenuhnya di Shah Alam yang disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili.
Pembangunan loji berkenaan merupakan sebahagian daripada projek penghasilan bioplastik menggunakan teknologi fermentasi sisa sawit menerusi Program Technofund MOSTI bernilai keseluruhan RM21.4 juta.
Projek berkenaan yang pertama di dunia menghasilkan plastik mudah urai daripada minyak sawit dan bahan buangan sawit.
Mesin penggoreng dua dalam satu
Mahkota berduri
Mesin penetasan telur
Arianespace lancarkan satelit
Gen tong sampah tangguh proses penuaan
Implan otak beri amaran sawan
Putter paling stabil
Transformasi kempen pilihan raya
Keberkesanan media sosial
Mesin IKS buat mi
Bangun laman web guna CMS
Masa depan
Carian
Konfigurasikan PC tanpa gangguan Internet
Mesin cabut bulu ayam
Rice bag rawat kecederaan sukan
Konservasi Orang Utan Bukit Merah
Monyet Belanda, orang utan di Kinabatangan
Mesin pelbagai guna
Tempoyak punya probiotik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









