VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 22/04/2013

Mesin cabut bulu ayam

SALAH satu sumber makanan yang penting di negara ini ialah daging ayam. Ayam yang siap diproses menjadi pilihan surirumah kerana mudah dibawa pulang dan dipotong.

Ayam yang telah bersih adalah situasi biasa pada hari ini sama ada ayam yang telah siap dipotong mengikut saiz ataupun ayam yang hanya dibersihkan bulunya sahaja.

Namun ayam bersih ini memberi banyak kemudahan kepada wanita hari ini.

Oleh sebab mendapat sambutan yang amat menggalakkan maka Zull Design Autotronic (ZDA) turut melibatkan diri dalam pengeluaran mesin ini khasnya untuk peniaga ayam bersih.

Bukan hanya ayam, mesin ini juga dapat digunakan untuk mencabut bulu itik dan burung puyuh.

Mesin berkenaan menjadi salah sebuah inovasi ciptaan ZDA yang sangat efisien dan mudah dikendalikan serta menjimatkan elektrik.

Hanya masukkan ayam yang telah direndam dengan air panas ke dalam mesin, hidupkan mesin dan tunggu selama lima hingga 10 minit.

Hasilnya, bulu ayam akan tercabut dan dibersihkan.

Kerja lebih mudah, hasil ayam yang bersih, tenaga kerja yang minimum, menjimatkan tenaga elektrik dan harga yang berpatutan.

Mesin pembersih bulu ayam ini beroperasi secara automatik dan pengguna hanya perlu memasukkan ayam, itik atau burung puyuh yang ingin dibersihkan ke dalam mesin.

Tekan butang suis dan mesin akan bergerak sendiri dengan kelajuan normal.

Air akan mengalir sendiri untuk mencuci ayam.

Bila ayam telah bersih, operasi mesin dihentikan dan pengguna bolehlah mengangkat ayam untuk dipotong.

Sebagai langkah keselamatan, pengguna dilarang mengambil ayam atau memasukkan tangan ke dalam mesin ketika mesin sedang bergerak.

Jari anda mungkin tersepit atau tercedera.

Pastikan suhu air panas untuk merendam ayam yang telah disembelih tidak terlalu panas.

Air yang sangat panas akan menyebabkan kulit ayam akan pecah dan terluka kerana putaran mesin yang kuat.

Selepas ayam bersih, tutup bekalan elektrik, keluarkan ayam dan bersihkan bahagian dalam mesin.

Oleh kerana penggunaan air diperlukan untuk pembersihan mesin dan ayam, pastikan suis elektrik pada mesin berada dalam keadaan kering dan tidak terdedah.

Mesin ciptaan ZDA adalah customade iaitu pengguna boleh membuat tempahan mengikut jumlah ayam dalam satu-satu masa.

Harga sesebuah mesin tidak tetap dan memenuhi keperluan dari segi bajet dan kapasiti pengusaha.

Perbincangan antara dua belah pihak diperlukan bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini daripada berlaku.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.