VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 13/06/2013

Pasukan Bola Jaring UMS juara

Pasukan Bola Jaring UMS muncul juara Kejohanan Bola Jaring Terbuka di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

KOTA KINABALU 12 Jun - Pasukan Bola Jaring UMS muncul juara Kejohanan Bola Jaring Terbuka yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini baru-baru ini.

Kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Kokurikulum (Kokum) Bola Jaring semester dua itu telah disertai empat pasukan yang terdiri daripada pelajar dan kaki tangan universiti itu.

Pasukan Bola Jaring UMS pada awalnya menundukkan pasukan MASCOM dengan jaringan 18-1 disusuli dengan kemenangan 14-1 ke atas Pasukan Kokum sebelum menewaskan pasukan G-United dengan jaringan 14-3.

Dengan corak permainan bertenaga membolehkan pasukan UMS yang majoritinya dibarisi oleh pelajar Sains Sukan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Naib juara pula disandang oleh pasukan Kokum manakala tempat ketiga jatuh ke tangan Pasukan G-United. Kesemua pasukan menerima pingat, hamper dan sijil.

Dalam pada itu, jurulatih kokurikulum bola jaring UMS, Fauziah Janau berpuas hati dengan kelancaran program yang dianjurkan oleh pelajar Sains Sukan.

Beliau berkata, ia merupakan persiapan penting dalam meningkatkan kemahiran insaniah untuk menjadi bekalan apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Bagi pengarah kejohanan itu, Nurul Ashikin Razak berkata, kejayaan ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus mengendalikan kejohanan tersebut sedikit sebanyak memberi mereka pengalaman menganjurkan sesuatu kejohanan.

Menurutnya, melalui pengalaman yang diperoleh, pastinya amat berguna untuk diterapkan dalam kehidupan khususnya dalam mendepani masa depan yang lebih mencabar.

"Kejohanan bola jaring terbuka ini dijalankan pada akhir setiap semester pengajian di UMS," katanya.

Katanya, kejohanan itu bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa membudayakan bersukan sebagai amalan gaya hidup sihat selain menjadi landasan untuk mencungkil bakat baharu pelajar yang boleh diketengahkan dalam pelbagai kejohanan seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Sukan Universiti.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.