VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 09/06/2013

Belum setahun sudah rosak

MOHD. Soffian Eting (bertopi) menunjukkan masalah longkang kediaman UCA2 kepada Stanly Voo Ming Chung (tengah) di Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU 8 Jun - Belum pun setahun menginap di rumah baharu, pelbagai masalah timbul yang menyebabkan penghuni di kediaman Universiti Kondo Apartmen 2 (UCA2) di sini berasa cukup tidak selesa.

Bukan sahaja struktur bangunan dihuni mengalami beberapa masalah, malah janji yang ditawarkan oleh pemaju semasa promosi jualan tidak dilaksana.

Seorang wakil penduduk, Mohd. Soffian Eting, 40, berkata, seramai 150 penghuni telah membuat laporan apabila rumah yang diduduki bocor, bumbung jatuh, air longkang bertakung tanda rekahan dan retakan, selain berlaku mendapan di beberapa buah blok kediaman.

Katanya, terdapat 2,464 unit rumah di UCA2 dan hampir 150 penduduk telah membuat laporan kerosakan, malah jumlah itu mungkin akan meningkat kerana ada lagi penghuni yang belum tinggal di kediaman masing-masing.

Menurutnya, rata-rata mereka memasuki rumah masing-masing sekitar Ogos dan September tahun lalu.

“Selain masalah teknikal yang berlaku di sekitar bangunan perumahan, penghuni juga tidak mendapat apa yang telah dijanjikan oleh pihak pemaju seperti kemudahan gimnasium dan dewan serbaguna secara percuma.

“Penghuni juga terpaksa melanggan internet yang dikenakan oleh pihak pemaju sebanyak RM2,500 setahun biarpun pada tahun pertama diberikan rebat RM1,000, malah kami juga perlu membeli kupon telefon sebanyak RM100.

“Sepatutnya ia sebagai pilihan kepada penghuni, tetapi ia sudah menjadi seperti ‘rela paksa’ kepada kami yang bukannya orang berpendapatan besar," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) bagi mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak pengguna tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung CAPS, Stanly Voo Ming Chung yang ditemui pada sesi meninjau permasalahan penduduk di UCA2 berkata, beliau telah melihat sendiri masalah yang dihadapi dan akan membawa perkara tersebut kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan dalam masa terdekat.

Katanya, nasib penghuni di situ akan dibela oleh CAPS kerana apa yang dihadapi mereka ketika ini adalah tidak berbaloi dengan apa yang telah dibayar kepada pihak pemaju.

Jelasnya, dengan harga rumah yang tinggi sehingga RM208,000, penghuni tidak mendapat apa yang sepatutnya, malah berhadapan yang tidak dijangka berdasarkan harga ditawarkan.

“Pihak pemaju tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku. Mereka perlu bertanggungjawab kerana penduduk baru tinggal di sini tidak sampai setahun," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.