VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 09/05/2013

Premis makanan disaran kumpul minyak masak terpakai

BINTULU 8 Mei - Pemilik dan pengusaha premis makanan disaran menyambut baik usaha syarikat Sekitar Bumi Hijau Sdn. Bhd. yang akan melaksanakan aktiviti pengumpulan minyak masak terpakai.

Pengarah Urusan syarikat tersebut, Kong Yong Tiing berkata, aktiviti itu merupakan usaha pihaknya memelihara alam sekitar dan membantu menambah pendapatan pengusaha premis makanan terlibat.

Katanya, buat masa ini pihaknya mengumpul lebih 4,000 liter minyak masak terpakai daripada beberapa premis makanan sekitar Bintulu yang dibeli dengan harga RM0.30 seliter.

"Kami merancang menyediakan bekas penyimpanan yang akan diletakkan di restoran dan premis makanan bagi memudahkan pengusaha meletakkan minyak masak terpakai di dalam bekas tersebut.

"Apabila bekas tersebut telah penuh dengan minyak masak terpakai, pihak kami akan mengambilnya dan membayar kepada pemilik atau pengusaha secara berkala," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat berkenaan perkhidmatan syarikat tersebut kepada Penolong Pengurus Besar (Alam Sekitar dan Kesihatan) Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Bohari Kipli dan rombongan dari Jabatan Kesihatan Bintulu.

Sekitar Bumi Hijau Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang didaftarkan di bawah Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) sebagai syarikat yang sah untuk menjalankan aktiviti pembelian, pengumpulan, menyimpan serta menjual minyak masak terpakai.

Mengulas lanjut, Yong Tiing berkata, minyak masak terpakai yang dikumpul itu akan dikitar semula untuk diproses menjadi biodiesel, sabun, lilin dan pelbagai produk bukan makanan yang lain.

"Selain itu, usaha kami ini turut membantu mengatasi masalah sistem perparitan tersumbat dan pencemaran air yang berpunca daripada aktiviti tidak bertanggungjawab seperti pembuangan sisa atau minyak masak terpakai ke dalam parit atau longkang.

"Sehubungan itu, kami berharap pihak Lembaga Kemajuan Bintulu iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT) akan turut sama menyokong usaha yang dilaksanakan ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.