VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 13/02/2013

UMS mahu teraju Eko Kampus

MOHD. Harun Abdullah (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama Rujhan Mustafa (empat dari kiri) dalam majlis pelancaran Pelan Tindakan Eko Kampus di UMS, di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

KOTA KINABALU 12 Feb. - Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mencipta sejarah apabila menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama negara yang berani melancarkan Pelan Tindakan Eko Kampus secara sepenuhnya.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, pelaksanaan pelan tersebut bakal menjadikan universiti itu sebagai rujukan kepada pusat-pusat pengajian dan agensi lain di negara ini yang ingin mengaplikasi sistem pengurusan pemuliharaan alam sekitar.

Katanya, universiti itu juga sudah bersiap sedia dalam melaksanakan segala nilai dan elemen yang terkandung dalam pelan tindakan tersebut bagi menjadikan UMS sebagai peneraju utama model institusi pengajian tinggi (IPT).

"Saya percaya UMS mampu melaksanakan tanggungjawab meningkatkan kefahaman pendidikan dan menggandakan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya usaha pemuliharaan alam sekitar.

"Selain itu, ia juga bermatlamat untuk menyahut deklarasi Rio seperti yang dibentangkan dalam Kemuncak Persidangan Dunia Rio+20 yang bertujuan memulihara alam sekitar," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran pelan tindakan tersebut di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh.

Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa dan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Jainab Ahmad.

Mengulas lanjut, Mohd. Harun berkata, lingkungan kampus UMS yang bertahtakan kehijauan, desiran ombak dan berlatar belakangkan pemandangan Gunung Kinabalu adalah lokasi tepat untuk melestarikan titik harmoni antara hubungan manusia dengan alam.

Menurutnya, universiti tersebut sangat bertuah kerana dianugerahkan dengan kekayaan dan kepelbagaian sumber alam, sekali gus menjadikannya sebagai salah sebuah kampus terindah di dunia seperti yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu katanya, UMS harus mengambil kesempatan di atas kelebihan itu untuk menjadi universiti pertama di negara ini yang memulakan langkah berani melaksanakan Pelan Tindakan Eko Kampus secara sepenuhnya.

"Sangatlah rugi bagi kita di UMS jika persekitaran kampus yang begitu indah tidak dimanfaatkan untuk membudayakan nilai Eko Kampus," katanya.

Berlandaskan atas maksud tersebut katanya, UMS bertekad menjadi peneraju utama dalam meningkatkan kesedaran komuniti global dengan menggunakan sepenuhnya khazanah alam semulajadi di dalam kampus itu.

Selain itu katanya, universiti tersebut juga akan mempamerkan biodiversiti flora dan fauna yang menjadi warisan negeri Sabah kepada masyarakat umum menerusi akuarium dan muzium marin yang dimiliki oleh universiti tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.