VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 04/02/2013

Kembalikan semangat kesukarelaan

Abdul Taib Mahmud (dua, kiri) bersama isteri, Ragad Kurdi Taib menyiram pokok sebagai simbolik perasmian My Beautiful Malaysia di Kuching Integrated Recreational Centre, Kuching, semalam.

KUCHING 3 Feb. - Rakyat di negeri ini, khususnya golongan muda diseru memberi sumbangan kepada masyarakat secara berterusan menerusi penglibatan dalam pelbagai program serta aktiviti bersifat kesukarelaan.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) berkata, semangat kesukarelaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Sarawak telah wujud sejak zaman dahulu namun semakin terhakis ekoran pembangunan pesat di seluruh negeri.

Oleh itu kata beliau, semangat kesukarelaan perlu disuburkan kembali kerana selain mengeratkan perpaduan, budaya positif tersebut mampu membentuk generasi baharu yang bijak berinteraksi, lebih peka serta bertanggungjawab.

"Zaman sekarang sudah berbeza, semakin kurang orang muda menyertai program bersifat sukarela seperti gotong-royong. Malah tiada lagi aktiviti riadah lain seperti berkumpul beramai-ramai untuk berkelah di pantai, bukit dan gunung.

"Semangat kesukarelaan ini perlu dihidupkan kembali demi kesejahteraan negara pada masa depan," katanya ketika melancarkan program My Beautiful Malaysia 2013 peringkat negeri Sarawak membabitkan lebih 6,000 peserta di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta Menteri Pembangunan Sosial negeri, Tan Sri William Mawan Ikom.

Program My Beautiful Malaysia 2013 merupakan aktiviti gotong-royong serta kerja amal besar-besaran yang dilancarkan serentak di seluruh negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di Sarawak, program tersebut berlangsung di 21 lokasi berbeza di 11 bahagian negeri ini.

Abdul Taib dalam pada itu menambah, rakyat di negara-negara maju seperti Jepun mempunyai sikap bertanggungjawab yang tinggi kerana amat menitikberatkan aspek kebersihan di kawasan komuniti masing-masing.

"Nilai positif seperti ini jugalah yang perlu ada dalam diri setiap kita, rakyat Malaysia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.