ARKIB : 25/01/2013
5,000 hektar kawasan tanaman padi pada 2020
KOTA KINABALU 24 Jan. - Kerajaan negeri menyasarkan kawasan tanaman padi seluas 5,000 hektar dengan hasil mencecah 8.5 metrik tan sehektar akan dapat dihasilkan di negeri ini menjelang 2020, sekali gus memanfaatkan lebih 4,000 peserta seluruh negeri.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, bagi menjayakannya sebanyak RM340 juta telah dimohon untuk tempoh 2013 hingga 2020 bagi melengkapkan kemudahan infrastruktur di kawasan sawah padi berkenaan.
"Pada masa ini kerajaan telah memulakan tanaman padi secara komersial di Kota Belud dengan kos pembangunan infrastruktur berjumlah RM14.6 juta. Penanaman pertama akan bermula pada Mac dengan tanah seluas 800 hektar dan disertai sebanyak 762 peserta," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai program bagi mengeluarkan petani, penternak dan nelayan daripada belenggu kemiskinan.
Katanya, Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM18 juta pada tahun lalu untuk membantu seramai 26,046 pesawah membangunkan seluas 29,848 hektar sawah padi melalui program subsidi pembajakan.
"Selain itu, seramai 288 orang petani telah diberikan bantuan untuk menggalakkan mereka menanam pelbagai jenis tanaman makanan lain seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
"Seramai 331 orang petani dan belia juga telah diberi bimbingan latihan untuk menjadi pengusaha dan pekerja pertanian yang berkemahiran di mana seramai 26 orang telah berjaya menjadi usahawan tani dengan purata pendapatan melebihi RM5,000 sebulan," ujarnya.
Muhasabah diri, kenal pasti kelemahan
Belia aset penting negara - Musa
Taib Mahmud puas hati
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Kursus, latihan peluang rakyat tingkatkan kemahiran - Rosey
PIHex catat jualan hartanah RM90 juta
Miri di landasan betul jadi bandar peranginan terkemuka - Abang Johari
25 kertas kerja berjaya dibentang
Program motivasi kecemerlangan, kepemimpinan diri UMS capai sasaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









