VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 28/12/2012

Pusat daerah mengundi sedia hadapi PRU-13

SEMPORNA 27 Dis. - Semua ketua markas pusat daerah mengundi membabitkan Parlimen Semporna dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang perlu sentiasa mengemas kini senarai daftar pengundi mereka bagi mengelak kekeliruan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, persediaan awal itu penting supaya semua markas, bilik gerakan dan daerah mengundi di daerah tersebut dapat diselaraskan menjelang pilihan raya umum berkenaan.

"Secara keseluruhannya kita berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan semua markas Pusat Daerah Mengundi DUN Senallang bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa," katanya.

Beliau ditemui selepas melakukan tinjauan dan lawatan ke markas Pusat Daerah Mengundi, di sini semalam.

Pusat Daerah Mengundi yang dilawati ialah di Zon Mantaritip, Zon Pakalangan, Zon Tagasan, Zon Musallah, Zon Inabah Kamal, Zon Kabogan dan Zon Tampi-Tampi selain meninjau projek pengubahsuaian masjid Nur Salim di Senallang Tengah.

Nasir berkata, kekuatan dan kemenangan Barisan Nasional (BN) bergantung penuh kepada kesepaduan jentera parti dan semua Pusat Daerah Mengundi yang mantap serta sentiasa mendekati rakyat akar umbi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna menyeru semua anggota UMNO di daerah tersebut bersiap sedia dan mengemas kini senarai pengundi serta mengesan semua pengundi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah, perkara itu penting bagi menyalurkan maklumat diperlukan, sekali gus memastikan tidak wujud kekeliruan menjelang pilihan raya kelak.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang turut mengingatkan penduduk di kawasan itu terus mengukuhkan perpaduan di samping memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN yang selama ini sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Parlimen Semporna mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Senallang, Sulabayan dan Bugaya dengan jumlah pengundi seramai 41,071 orang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.