VERSI : Mobile | Akhbar Digital
27 Julai 2014 / 29 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 19/11/2012

Bumiputera Islam digesa sertai pasaran makanan halal

Nasrun Datu Mansur (kiri) melawat sebuah gerai pameran perubatan tradisional pada pameran Industri Halal Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu, baru-baru ini. - Utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

KOTA KINABALU 18 Nov. - Penglibatan golongan bumiputera Islam khususnya di negeri ini dalam pasaran makanan halal masih kurang, sebaliknya golongan bukan Islam dilihat lebih serius menceburkan diri dalam bidang itu.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran mengesa seluruh umat Islam merebut peluang pasaran makanan halal negara yang dianggarkan mencecah RM190 bilion setahun.

"Ramai yang agak skeptik dengan angka tersebut, namun jika setiap penduduk Malaysia beragama Islam yang berjumlah 17 juta orang mengeluarkan RM10 sehari untuk makanan, maka pasaran yang tersedia sudah mencecah lebih RM60 bilion setahun.

"Ini belum termasuk makanan yang diambil oleh pelancong, untuk kegunaan industri dan sebagainya," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian pameran Industri Halal Antarabangsa Sabah di sini kelmarin.

Ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nasrun Datu Mansur.

Menurutnya, industri makanan halal turut berpotensi diperluaskan ke luar negara kerana pasaran makanan halal dunia pada masa ini mencecah RM2.3 trilion.

Tambahnya, dengan pertambahan penduduk dunia yang semakin meningkat, industri makanan halal sudah menjadi satu kemestian.

"Ini merupakan satu perkembangan menarik bagi penganut Islam yang dijangka bertambah bilangannya kepada lebih 8.3 bilion pada tahun 2030 meliputi 79 buah negara.

"Namun dengan kadar pertumbuhan penduduk muslim sedunia yang dianggarkan pada 2.2 peratus setahun, kini angka tersebut mungkin akan dicapai lebih cepat lagi," katanya.

Sementara itu beliau berkata, meskipun pelbagai bantuan telah diberikan kerajaan, lebih banyak dana perlu disalurkan ke dalam industri itu dari semasa ke semasa.

Tambahnya, selain itu para usahawan juga perlu lebih serius dan menunjukkan kesungguhan untuk memenuhi keperluan dan syarat mendapat sijil halal.

Dalam pada itu beliau berkata, Sabah sudah bersedia memainkan peranannya sebagai Hab Halal Global menjelang 2020.

Ujarnya, pada masa ini kerajaan negeri sedang giat membangunkan tanah seluas 184 hektar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu Sepanggar sebagai kawasan hab halal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.